Eight Miles Burger Banjir, Ulu Kinta

kali nie ika nak share satu tempat makan yang menarik untuk korang . Eight Miles Burger Banjir . kedai makan nie di Batu 8, Ulu Kinta, Perak . orang Perak boleh la try makan burger di sini . sebelum nie ika dah penah makan kat sini . dah beberapa kali jugak la . tapi belum berkesempatan nak share . so, kali nie meh la ika share kat korang pulak .



gambar kat atas nie antara menu yang diorang sediakan . banyak kan ? dan harga pon berpatutan . kat sini yang femes adalah burger banjir . semua jenis burger boleh banjir . korang hanya tambah RM1.50 . kalau taknak banjir pon takpe .




lokasi Eight Miles Burger Banjir nie adalah menghala ke PGA Ulu Kinta . in case kalau korang tak jumpa, korang boleh la waze jalan untuk ke PGA Ulu Kinta ataupun Maktab Perguruan Kinta, Ipoh . Inshaallah korang akan jumpa Eight Miles nie . diorang sediakan banyak tempat duduk . bukan setakat depan, kat belakang kedai pon masih ada ruang untuk duduk .

yang kat bawah nie pulak makanan yang kitorang order malam tu . suami ika order oblong ayam banjir dan ika pulak amik yang full tank + chicken chop . memang full tank la korangg . kenyang sungguh-sungguh . hahahaha !

Oblong Ayam Banjir

Full Tank + Chicken Chop

dah lama rasanya tak keluar makan kat luar . suami ika jenis yang suka makan kat rumah . suka suruh isteri dia masak . sesekali dia turutkan jugak bila ika nak makan kat luar . sesekali ada jugak dia bagi cuti masak kat isteri dia . hahahaha . sesekali dia sendiri yang masak . heeee . tolak ansur tu penting dalam kehidupan berumah tangga ;)

Read More

Resipi Rendang Ayam

resipi rendang ayam untuk entry kali nie . first time buat rendang ohoii . redah je lah . tawakal saje masa tengah masak tu . masak untuk suami . kena yakin boleh buat . hahahaha !


Bahan-Bahan

  • Isi ayam
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (dikoyak halus)
  • Garam
  • 3 labung bawang besar (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 batang serai (dikisar)
  • 3 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 7 biji cili api (dikisar)


Cara-Cara

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali .
  • Kacau sehingga sebati .
  • Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya sebati dan pekat .
  • Sedia dihidangkan .
credit resipi : Chef Hanieliza ^^

suami cakap ada rasa rendang cuma pedas . hahaha ! ika dah kurangkan cili tapi pedas jugak lagi . takpe la . nnt cuba lagi . tapi kira ok la sebab menjadi jugak buat rendang untuk pertama kalinya . ingatkan hancur terus dan ke tong sampah tapi dapat jugak makan . Alhamdulillah ;)
Read More

Inflatable Baby Bathtub Swimming Pool | Lazada

awal bulan 9, ika dapat anak saudara baru . adik lelaki suami ika . isteri dia dah selamat melahirkan baby girl . ika tumpang gembira . semoga lepas nie ada rezeki ika dan suami pulak . so, ika dan suami pon pulun la dok fikir nak bagi hadiah apa . nak bagi baju baby, kang kejap je baby tu dapat pakai . ye lah . baby kan cepat membesar . last nya ika cari hadiah untuk baby tu kat Lazada . untung dia ada makngah kaki shopping . hahahahaha !

makanya, ika terjumpa la barang nie, Inflatable Baby Bathtub Swimming Pool . ika tanya pendapat suami, suami setuju . ika pon terus je lah beli sebab masa tu memang dah berkenan sangat . hehehe


harga dia ialah RM65.90 . bagi ika takde la mahal sangat sebab baby bathtub nie sesuai untuk newborn baby sampailah budak umur 3 tahun . masa ika beli nie, seller tu ada bagi jugak Leg Air Pump, 5 ketul Ocean Ball dan Repair Kit kot la ade bocor ke hape ke kan . bathtub nie ada dua warna . biru dan merah . ika beli warna merah sebab ada pink gituuu dan anak saudara baru tu girl . so, haruslah pink ! hahahaha 


bathtub nie memang besar . tu ika share kat korang ukuran dia . sesuai untuk baby dan sangatlah tidak sesuai untuk mak ayah baby . ehhhh . bathtub nie material dia PVC yang tebal . so tahanlah kan . ada 4 tempat kalau tak silap ika untuk dipam . jangan risau, seller dah bagi sekali Leg Air Pump tu tapi ika haritu pakai pam tayar basikal sebab lagi cepat . besar ohooo kolam nie . jenuh nak pam pakai yang tu . tapi ok je sebenarnya . boleh exercise sikit :P

kalau korang nak tahu banyak lagi mengenai Inflatable Baby Bathtub nie, boleh baca kat sini : http://www.lazada.com.my/inflatable-baby-bathtub-swimming-pool-eco-friendly-materialsafety-design-amp-comfortable-red-10317315.html . ika sangat syorkan kat korang lepas nie bagi je hadiah nie kat kawan korang yang baru dapat baby . hehehe . happy shopping korang !
Read More

Resipi Muffin Jagung

nak share resipi muffin jagung pulak hari nie . kemain gigih nak buat yang nie . pegi kedai 2ringgit beli cupcake punya bekas tu . jadilah kan daripada takdak . saja lah try buat sebab dah banyak kali nak buat tapi asyik tak terbuat . takut sangat nak buat sebab takut tak menjadi . buat maluuu ja . hahahaha !


Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan jagung krim (tin)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 biji telur


Cara-Cara

  • Ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dengan garam .
  • Masukkan jagung krim, minyak masak dan telur ke dalam bahan tadi .
  • Kemudian, masukkan ke dalam loyang .
  • Panaskan air kukusan sehingga mendidih .
  • Kukus selama 25-30 minit dengan api yang besar .
  • Sedia dihidangkan .

credit resipi : Chef Hanieliza ^^

first time . walaupun nampak buruk tapi tetap ada rasa . jadilah buat 7 ketul dulu . lepas nie cuba buat lagi . hehehe . tengok orang lain buat macam senang je . bile sendiri buat, perghhh rasa macam susah nya . padahal bahan-bahan tu simple je . mula tu nak pakai jagung ketul tu tapi dah termakan sampai habis . kuikuikui . makanya, beli je lah jagung dalam tin .
Read More

Merdeka Diri, Merdeka Jiwa

entry nie bersempena ika ade masuk satu giveaway nie . kalau korang nak join, boleh la ke https://www.ahmadhasif.my/2016/09/giveaway-tunai-by-ahmadhasifmy.html . mana tahu kan kot ade rezeki korang ^^


so, meh la ika share sedikit apa itu keMERDEKAan bagi ika . masa sekolah dulu, selalu ade pertandingan yang berkaitan kemerdekaan nie . ika pernah la join pertandingan menulis esei sempena hari kemerdekaan . Alhamdulillah dapatla jugak tempat ketiga . sekarang skill menulis esei dah lama hilang . hahahaha !

maksud merdeka yang kita semua tahu ialah bebas dari penjajah . seperti yang kita semua sudah sedia maklum, pertama kalinya negara kita merdeka adalah pada tahun 1957 bersama Perdana Menteri Malaysia yang pertama ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman . masa tahun tu, ika sendiri pon belum lahir lagi .

maksud merdeka bagi diri ika sendiri pulak ialah ika sudah boleh berdikari . bebas melakukan apa yang ika nak . kalau sebelum nie, semua ika nak harapkan family yang tolong . tapi bila ika dah dapat kerja tetap di Ipoh, Perak, family tak dapat nak tolong hantar . diorang hanya mampu tolong apa yang patut sahaja . so, ika travel la sorang-sorang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur untuk lapor diri dan seterusnya ke Ipoh untuk lapor diri di tempat keje yang baru . masa tu tawakal saje lah . heeee . dan sekarang, dah masuk tahun ke 4 ika dok Ipoh . berjauhan dari family . sekarang dah kuat dan makin kuat .

jomlah sama-sama kita merdeka diri, merdekakan jiwa kita ^^

Read More

Siput Beliung

cuti hari raya korban yang lepas, ika balik ke kampung suami di Semanggol . tak balik raya Kelantan pon tahun nie . cuti dah kritikal, so beraya rumah mak mertua je lah . raya jugak kan . heeee . sehari sebelum raya tu, ika tengok mak mertua ika dok ketuk benda nie . disebabkan tak pernah tengok benda nie, jadi teruja . hahahaha ! nama benda nie ialah Siput Beliung .


siput nie keras sangat-sangat . mak mertua ika siap ketuk pakai tukul . gambar kat bawah nie hasilnya sebelum mak mertua ika cuci . mula-mula tengok tu macam menakutkan nak makan . siap tanya boleh makan ke siput nie . hahahahaha . pastu siap google haaa cari siput beliung nie ape . takut sangat ang nie ika ;)



dan gambar atas nie yang dah siap dicuci dan dipotong kecil-kecil . mak mertua ika masak rendang . ika pon try la jugak makan . bila lagi kan nak makan siput beliung nie . agak kenyal . tapi boleh la nak telan . heeeee . biasanya kan si pukpuk susah nak terima benda-benda baru nie . tapi siput nie boleh pulak dia telan :P
Read More

Resipi Telur Kukus

resipi lagik . hehehe . hari nie ika nak share resipi untuk telur pulak . selain daripada goreng ataupon rebus, ika try buat yang lain pulak . ika try buat telur kukus . so, meh la ika share resipi telur kukus .


Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • udang (dibuang kulit)
  • Garam


Cara-Cara

  • Gaulkan semua bahan ke dalam loyang dan kacau rata .
  • Masukkan ke dalam pengukus .
  • Kukus selama 20 minit .
  • Sedia dihidangkan .


credit resipi : Chef Hanieliza ^^

first time buat telur kukus nie . ya ampunnnn sedapnyeee alahai . hahahaha ! yang ika punya tu nampak tak menarik pon kan sebab ika takde masukkan daun bawang dan daun sup . kalau korang ikut resipi Chef Hanieliza, dia masukkan daun bawang dan daun sup . ika punye malas nak p beli . hehehehe . so, pakai je lah ape yang ada kat rumah tu ;)
Read More

TGV Cinemas AEON Klebang, Ipoh

baru-baru nie ika ngikut kawan blogger, Yui ke event yang dianjurkan oleh pihak TGV Cinemas AEON Klebang . AEON Klebang nie baru je bukak kat Ipoh nie . baru tak baru jugak lah dalam beberapa bulan dah bukak dan TGV Cinemas dalam AEON Klebang nie pon baru je memulakan operasi mereka . 

tujuan event nie adalah untuk memperkenalkan keunikan dan keistimewaan TGV Cinemas di AEON Klebang nie . apa yang istimewanya ? di TGV Cinemas AEON Klebang nie, diorang provide panggung wayang yang 'Family Friendly' dan jugak diorang memperkenalkan hall baru iaitu Beanie Hall . 



Family Friendly Hall

Family Friendly Hall nie sesuai untuk ibu bapa yang nak bawak anak-anak menonton wayang . antara keistimewaan Family Friendly Hall ini adalah ibu bapa bebas membiarkan anak-anak mereka untuk berlari ataupun buat apa sahaja yang anak-anak mereka suka tetapi haruslah dalam kawalan dan tanggungjawab mereka sendiri . tandas jugak dekat dengan Family Friendly Hall nie . makanya, ibu bapa tak perlu nak berlari-lari untuk bawak anak mereka ke tandas . 



disamping itu, ada jugak tempat untuk ibu bapa menukar lampin anak-anak . so, no worry hokey ?


Beanie Hall

meh ika kenalkan pulak korang dengan Beanie Hall . sekali dengar sebutannya 'Bini' . hahahaha ! sebab tu korang kena bawak bini korang datang tengok wayang kat sini . jom tengok ape yang istimewanya Beanie Hall nie .





seperti mana yang korang tengok dalam gambar di atas nie, Beanie Hall nie menyediakan seat yang sangat selesa untuk korang . dah macam sofa kat rumah . selesa dan santai sambil tengok wayang . Beanie Hall nie ada 15 sofa . sofa ke ? sofa je lah dalam bahasa mudahnya ye . satu tu boleh la muat untuk 2 orang dan kanak-kanak dibawah 120cm . kalau ramai sangat nanti takut korang tak selesa pulak . harga untuk satu sofa tu ialah RM50 .

itu sahaja lah yang ika dapat kongsikan dengan korang . first time join event . agak ralat rasanya . hehehe . terima kasih Yui sebab sudi bawak ika p event . terima kasih Kak Haida sebab suggestkan ika pada Yui . terima kasih sangat ! hiksss


seronok jugakla dapat pegi event walaupun ika nie memang pemalu tahap ape dah . jenis susah nak buat kawan . nak berkawan tapi malu . nak bercakap tapi malu . waaaaa . susahh rasanya . harapnya lepas nie dah tak tahu malu . ehhh :P
Read More

Resipi Asam Pedas

semalam resipi asam rebus, hari nie ika update entry asam pedas pulak . hahahaha ! disebabkan kat rumah sekarang ikan je yang ada, so, menu ikan je lah ye . hari nie ika share kat korang resipi asam pedas .


Bahan-Bahan

  • 4 ekor ikan
  • 5 biji bendi
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 cawan air
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Garam
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit


Cara-Cara

  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi .
  • Masukkan air asam jawa dan air .
  • Renehkan sehingga mendidih .
  • Masukkan ika, garam, daun kesum dan bendi .
  • Biarkan sehingga mendidih .
  • Masukkan tomato .
  • Perlahankan api dan biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut .
  • Sedia dihidangkan .

credit resipi : Chef Hanieliza ^^

asam pedas nie dah mula menjadi kesukaan ika . ika suka rasa dia tu . rasa daun kesum . hahahaha ! yang nie dah banyak kali ika buat . suami ika tak berapa suka asam pedas nie tapi isteri dia dah mula dok minat makan nie . ayokkk . lepas nie nak share resipi lain pulak . ade banyak lagi nie yang ika dah cuba buat . heeee
Read More

Resipi Asam Rebus

update resipi lagi ohoii hari nie . hari hari update resipi . update je la kan selagi tengah rajin masak . kang dah malas, tak leh nak byat ape dah . kikiki . bila malas, entry pon takdak . tengah rajin nie, meh la update duluan ye . hari nie nak share resipi asam rebus pulak .


Bahan-Bahan

  • 3 ekor ikan
  • 5 keping asam gelugur
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1/4 biji nanas
  • Air
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 1/2 inci belacan (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)


Cara-Cara

  • Bersihkan ikan .
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk .
  • Masak sehingga mendidih .
  • Sedia dihidangkan .

credit resipi : Chef Hanieliza ^^

sebenarnya ika tak tahu nak masak ape . memandangkan ika ade beli buah nanas, so, ika try la cari resipi dalam buku Chef Hanieliza tu yang pakai nanas . makanya, terjumpa resipi asam rebus nie . so, try je lah cuma tak tahu menjadi ke tak . untuk pertama kali buat, kira ok la . sedap la jugak . hahahaha . selamat mencuba ye korang ;)
Read More

Resipi Roti Sosej Berkeju

hari nie nak share satu lagi resipi simple . yang nie ika jumpa kat fb . try buat untuk breakfast . senang sangat-sangat . 


Bahan-Bahan

  • Sosej
  • Roti
  • Cheese
  • Serbuk Roti
  • Telur (dipukul)
  • Sos Cili ataupon mayonis


Cara-Cara

  • Rebus sosej terlebih dahulu .
  • Sementara tunggu sosej, lenyekkan roti .
  • Kemudian, letakkan kepingan cheese .
  • Selepas itu, letakkan sosej yang telah direbus tadi .
  • Gulung dan lekatkan dengan sedikit telur yang telah dipukul .
  • Celupkan roti tadi dengan telur .
  • Salut dengan serbuk roti .
  • Goreng .
  • Siap dihidangkan .


done ! boleh la cicah dengan sos cili ataupon mayonis . selamat mencuba korang semua . senang sangat dah nie . kalau korang takdak serbuk roti, boleh jugak pakai biskut cracker tu . lenyekkan je biskut tu bagi hancur semua . gantikan je lah . hokey ? maaf tau sebab takdak gambar yang ika dah potong . kuikuikui .
Read More

Giveaway by Cik Purple

Read More

Giveaway Redmoon Clothpad


Tarikh :
1 September 2016 hingga 30 September 2016

Read More

Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal

giveaway penghargaan rm100 anjuran kennymerligal

Giveaway penghargaan cash rm100 by kennymerligal | mencari 5 orang pemenang bertuah bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak rm20 untuk setiap seorang. Giveaway ini akan bermula pada 1 September 2016 dan berakhir pada 30 September 2016.

Cara untuk menyertai:

  1. Buat satu entry blog bertajuk "Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal".
  2. Copy dan paste banner diatas ke dalam blog post anda atau gunakan kod yang telah disediakan dalam ruangan textarea dibawah.
  3. Backlinkkan entry ke sini.
  4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen artikel giveaway sahaja. 

Syarat syarat :

  1. Blogger Malaysia.
  2. Follow blog kennymerligal 
  3. Follow instagram
  4. Follow twitter
  5. Like facebook page 
(* syarat yang kedua adalah wajib manakala yang selebihnya terpulang kepada  anda )

Hadiah :

  1. Wang tunai RM20 x 5 orang pemenang bertuah.
Pemenang akan dipilih secara rawak oleh admin dan keputusan akan diumumkan selepas tamat giveaway. Semoga penganjuran giveaway ini dapat merapatkan lagi tali persahabatan di kalangan rakan rakan blogger. 

Read More

FIRST GIVEAWAY GOMOSHOP96


TERMS AND CONDITION FOR BLOGGER

1) FOLLOW FINDING THE FREEDOM BLOG

2) COPY BANNER AND TERMS & CONDITION FOR THIS GIVEAWAY AND POST ON BLOG.DON'T FORGET TO BACKLINK THE ENTRY TO THIS BLOG.

3) LEAVE YOUR ENTRY LINK TO THIS ENTRY.

4) PLEASE STATE YOUR FOLLOWER NUMBER.
    ika adalah follower ke 273 ;)


Tarikh
11 Sept 2016 - 25 Sept 2016
Read More

Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my

https://www.ahmadhasif.my/2016/09/giveaway-tunai-by-ahmadhasifmy.html
Hadiah- Hadiah Giveaway

Pertama - RM10 + Di Masukkan di Bloglist 50 Hari 

Kedua - RM10 + Di Masukkan di Bloglist Selama 30 Hari

Ketiga - RM10 + Di Masukkan di Bloglist Selama 10 Hari

Keempat sehingga Kesepuluh - Hadiah Template Blogger

Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com