Jatuh dan Pijak

apa yang jatuh ? apa yang pijak ? seperti sedia maklum, ika baru je beberapa bulan pakai fon Doogee X5 Pro . boleh baca kat entry nie http://www.nooratikahramli.com/2015/12/bye-samsung-note-ii-hello-doogee-x5-pro.html . ika sempat merasa pakai si Doogee tu dalam 5-6 bulan camtu lah kot . lupa pulak . lepastu dia start buat hal dengan ika . ke ika yang tak pandai pakai fon ? -_-

lepastu ika dapat fon baru lagi . ewahh . fon ape ? tunggu next next next entry ika update ye . sekarang kita fokus pada si Doogee nie . disebabkan dah dapat fon baru, si Doogee nie ika bagi lah suami ika pakai memandangkan fon dia pon dah makin teruk sampai wasap pon tak boleh nak install . suami ika si Doogee nie baru je beberapa hari, terus ika . . . . 


terus ika bagi jatuh dan pijak . TAPI TAPI TAPI ika tak sengaja tauuu . hahahaha ! masa tu kami dari kampung nak balik rumah di Ipoh . ika pon mainlah si Doogee nie . lepastu macam biasa, letak atas riba . sampai rumah, nak keluar kete sebab nak pegi bukak pintu pagar rumah, zappppp gedebuk si Doogee jatuh . dah la jatuh, ika pegi pijak pulak . aduuuuu . itu yang jadi sampai macam tu sekali . rasa bersalah oiiii :'(

masuk rumah terus mintak maaf . hahahahaha ! tapi nasib baik lah si Doogee nie mahu hidup lagi cuma skrin dia jelah yang retak seratus . kikikiki . dah mintak suami hantar je kat kedai tapi suami ika cakap elok lagi haihhh . selagi benda tu dah collapsed, selagi tu la dia akan pakai . erm .

Read More

Pau Yik Mun, Tanjung Malim

dah lama tak buat entry jalan-jalan cari makan . huhuhu . sebab dah lama tak keluar jalan-jalan cari makan :P baru-baru nie ika berkesempatan berkunjung ke Yik Mun - The Famous Tanjung Malim Pau . for sure la dekat Tanjung Malim, Perak . sebelum nie pon ika tak pernah makan lagi pau yik mun nie . so, agak eksaited la jugak nak try .


Alamat :
1, Jalan Slim Lama,
35900 Tanjung Malim,
Perak

No Telefon :
05-4596006

Waktu Urusniaga :
9.00 pagi - 9.00 malam



pau yik mun nie ada banyak jenis intinya . tinggal nak pilih je . masa ika pegi haritu, kami pilih macam-macam jenis inti . so, pakat try la kan . tapi ika tetap suka yang inti kacang . mungkin dah terbiasa makan pau inti kacang, bila jumpa yang selain tu, rasa pelik pulak . hahahaha ! btw, pau yik mun nie sedap lah jugak tapi awassss ! jangan makan time korang kenyang . hahahahaha

ika haritu, dari pagi tak berhenti keje makan . pastu bila dah sampai part perut kenyang sangat-sangat, pau pon dah tak boleh nak masuk . sadis kan ? :P

Read More

Selamat Pengantin Baru Pak Ngah !

entry untuk bulan 3 tapi hujung bulan 4 baru nak update entry . bertabahla ika . sekurang-kurangnya kau update walau seciput sahaja . hehehehe . so, entry kali nie just nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Pak Ngah . walaupon dah sebulan lebih . kahkahkah ! nie family sebelah suami ika . pakngah kami nie sebaya dengan ika dan suami ^^

masa majlis sebelah perempuan, ika dengan suami sempatlah balik . so, meh la tengok gambar sekitar majlis perkahwinan pakngah kami nie . ter'match'ing pulak warna dengan baju pengantin :P

muka masam tahan panaihh . hahaha






 

lepas akad nikah, kami terus berarak ke rumah pengantin perempuan dan apa lagi . . . makan lah ! hahahaha . btw, tahniah buat pakngah dan makngah . terus dapat title makngah :P semoga hubungan yang terjalin nie kekal sehingga ke syurga jannah . Inshaallah ^^



last but not least, gambar pengantin 5 bulan . wakakaka . everyday is wedding day . hahahahaha ! pengantin nie jarang dapat jumpa sama-sama . pjj . camtulah . bila entah dapat dok sekali . sabarlah pukpuk :(

Read More

Shaklee for the FIRST TIME

akhirnya setelah berbincang dengan suami, ika putuskan untuk try produk Shaklee buat pertama kalinya . sebelum nie dapat hadiah supplement nie tak pernah pon ada perasaan nak try makan tapi sekarang, MESTI makan dan cuba produk nie . disebabkan kakak ika nie pon makan supplement nie, terus je lah ika order dengan dia . dengan kakak, dapatlah harga kasih sayang sepenuh hati dan perasaan ! hahahahaha


sampai je barang nie kat office, terkejut tengok . besaq nye kotak . takut pulak rasa nak try . hahahaha . padahal itu alasan taknak makan la tu . suami ika dok pujuk suruh try je lah dulu makan supplement nie . kalau sesuai, teruskan je lah . kalau tak sesuai, stop je lah makan . sebab bukan semua produk tu sesuai dengan kita . ye dak ? :P


kat atas nie antara produk yang ika beli . ika beli 3 produk iaitu ESP, GLA dan VITA LEA . yang Vita C Plus tu ika dapat hadiah daripada seorang blogger . esp tu satu ika punya, satu lagi adik ipar ika punya . ika tolong belikan saja . kikikiki .

Alhamdulillah sempat la try supplement nie sebulan . lepastu stop . hahahaha ! jangan tanya kenapa ika stop :P

Read More

Tasik Raban, Lenggong

dua bulan yang lepas kalau tak silap ika . suami ika bawak ika jalan-jalan di Tasik Raban, Lenggong . dah lama teringin nak pegi jalan kat sini . sebelum tu ada la bagitahu suami . so, weekend tu dia bawakkan ika ke sana . pemandangan kat sana seriously sangat cantik !













cantik kan pemandangan di sekitar Tasik Raban nie . kami pegi masa tu pagi lagi . so, takde la panas terik sangat . malam sebelum tu kami bermalam di rumah mak saudara suami . so, pagi-pagi terus pegi jalan-jalan kat Tasik Raban nie . takde buat apa pon . sekadar tengok pemandangan yang awesome ^^


terima kasih suami ! ^^

Read More

Majlis Perkhidmatan Cemerlang KKLW Tahun 2015

ini cerita bulan 2 punya . baru sekarang nak udpate kat blog . hehehe . pape pon memang nak kena update jugak pasal benda nie . one of my sweetest memory . so, bulan dua yang lepas ika dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun lepas iaitu 2015 .

majlis kali nie diadakan di UPM Serdang . so, kami kena datang awal sehari sebab ada raptai . gambar kat bawah nie masa raptai majlis tu . bukan praktis amik sijil tapi praktis amik gambar kau nie ika . lalalalalala .


disebabkan majlis kali nie diadakan bagi semua jabatan di bawah KKLW, so memang ramai sangat . penuhhhh dewan . masa nie lah kau baru tahu betapa ramainya yang cemerlang . hehehe . so, untuk hari berlangsungnya majlis tu, kami kena datang awal . sampai je, terus bergambar kat tempat yang sama macam hari sebelum tu . kikikiki .

ika nie dah makin kurang baju kurung sebab ika lebih prefer jubah atau dress . so, nak taknak ika terpaksa p cari baju kurung baru . pulun cari dengan bff ika sebelum bertolak ke majlis nie . akhirnya dapat jugak baju yang menarik perhatian ika . hahahaha :P sajalah pilih warna camni sebab barulah ceria ^^



rasa macam majlis graduasi pulak . hahahaha ! terima kasih boss sebab amik gambar nie masa kat atas stage . kikiki . gambar kat screen pon jadilah kan . gambar majlis nie dah pon siap tapi ika tak p amik lagi . menyesal pulak rasa tak amik yang pos . blerghhhh



big thanks untuk semua yang terlibat dengan kerja ika . terima kasih buat bos-bos dan ex bos yang percayakan ika . ika sendiri tak percaya ika boleh buat kerja nie sampai sekarang . terima kasih buat semua yang banyak tolong ika selama nie dari ika kosong tak tahu ape-ape sampailah ika dah tahu serba sedikit . terima kasih suami yang tak putus-putus bagi semangat . terima kasih semuaaaaaa :D

Read More

2 Bulan

Assalamualaikum dan hai korang semua ! heeee . dah lama tak update blog . almost 2 months . tajuk 2 bulan tu bukan dah 2 bulan ika mengandung tapi dah 2 bulan ika tak update blog . sibuk ohoiii ! tak tahu la nak bahagi masa macam mana lagi untuk update blog nie . bulan Mac langsung takde entry :'(

nie dah masuk bulan April baru terkedek-kedek nak update blog . waaaaaa . sesungguhnya banyak sangat benda nak share dengan korang semua tapi kekangan masa yang tak dapat nak elak . serius takda masa . ika dah start keje luar . so, banyak sangat keje kat luar berbanding dok office . balik rumah pon dah penat . tak sempat nak mengadap fon nak update blog nie semua :(


bila nak update nie rasa lain pulak . janggal . hahahaaha ! sebab lama sangat tak update kot . macam-macam la ang nie ika . pape pon terima kasih yang masih sudi baca blog ika walaupon dah lama ika tak update . dah macam chipsmore . kejap ade kejap takde . thanks korang ! ^^

Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com