3 in 1 - Three Leg Selfie Tripod Stick + Bluetooth Remote | Shopee

entry kali nie ika nak share satu barang yang ika terbeli secara online . hahaha ! terbeli ye kamu ika . padahal memang nak beli . ika nampak iklan barang nie di fb ika . so, ika pon try la bukak . dia terus linkkan ke https://mall.shopee.com.my/ . ika first time dengar pasal Shopee nie . so, ika tak tahu la ok ke tak . but then, ika gigih jugak install apps Shopee nie di fon dan beli barang nie . barang apa yang ika beli ? 

ika berjaya beli 3 in 1 - Three Leg Selfie Tripod Stick + Bluetooth Shutter . perkara pertama yang buat ika nak sangat beli benda nie ialah warna PINK ! ya . itu adalah sebab paling kukuh . warna pink dia sangatlah menarik mata ika nie . hahahaha !



apa yang ika perasan Shopee nie macam Lelong.my . ada banyak penjual . barang nie ika beli dengan Mr Power Enterprise . korang boleh klik sini https://mall.shopee.com.my/item/?sid=12888&iid=4986963 . harga promosi masa ika beli ialah rm40 untuk barang nie instead of harga asal dia ialah rm149 . so, ika grab je lah . bila ika install apps Shopee nie, ika dapat kupon rm10 . so, ika pakailah kupon tu . hahahaha ! total jadi rm30 dan pos rm7 . so, ika kena bayar rm37 ;)



Alhamdulillah, barang sampai dengan selamat dan bagi ika takde lah lama sangat ika nak dapat barang nie . tak sampai seminggu, barang dah sampai ke tangan ika . dan barang ni takde rosak ke ape ke . ika berpuas hatilah untuk kali pertama beli barang di Shopee nie . ika tengah tunggu fon Note 2 ika siap dibaiki . dah rinduuuu sangat dah dengan Note 2 tu . dah 2 bulan lebih masuk wad . bila nak sembuh entah ;(


three leg selfie tripod stick nie macam nie . macam dalam gambar kat atas nie . dia macam monopod yang biasa kita pakai tu cuma yang nie dia ade kaki . hehehe . lagilah menyenangkan kita untuk amik gambar . bagi yang suka selfie tu, amatlah sesuai untuk beli benda nie . harga sangat berpatutan . siap dapat bluetooth remote shutter lagi tuu . hehehe . so, korang ape lagi . cepatlah terjah Shopee ^^

Read More

SopheaZara Dress | NFH Boutique Gallery

kali nie nak share lagi dress dari NFH Boutique Gallery . kali nie dah tiga kali ika share dress yang ika beli dari NFH Boutique Gallery nie . ika ada 5 helai dress dari NFH nie . so, ini dress yang ketiga ika nak share dengan korang .



kali nie ika beli SopheaZara Dress pulak . ika berkenan sangat dengan dress nie sebab kat lengan dia ada songket . songket dia shantekkkk . hahahaha . dress nie ika beli untuk dijadikan hantaran masa majlis kahwin ika bulan November yang lepas . memandangkan suami ika minat sangat dengan warna hijau, so ika pilih warna hijau nie ;)



tengok model pakai cantik je . bila ika pakai ? hahahaha . ok la kan dengan badan tembam nie . wakakaka . tapi seriously ika selesa pakai dress dari NFH Boutique Gallery nie . sangat selesa . SopheaZara Dress nie material dia Moss Crepe dan jugak songket . moss crepe material paling ika suka . hehehe

Read More

45kg - 60kg

pertambahan berat badan dengan begitu mendadak . sungguh tak disangka . hahaha ! sebelum nie ika ada share berkenaan ketidakseimbangan hormon . dan nie lah kesannya pada ika . huhuhu . ika dah kerja dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli nie 3 tahun lebih . masa ika mula-mula masuk keje dulu, berat ika 45kg . sekarang dah 60kg . perghhhh ! 3 tahun, 15kg ika dapat . hahahaha !

gambar kat bawah nie, masa tahun 2013 . see . slim uollsss . sekarang ? astaghfirullah kalau tengok ika . semua orang terkejut tengok . ika sendiri pon memang terkejut . nasib tak terkentut je :P

2013


rata-rata komen kat fb ika tu cakap ika dah makin tembam bila ika upload gambar ika dengan suami dekat fb . gambar paling latest . wakakaka ! bila tengok balik, memang gemuk pon . paling ketara sekali tang pipi tu . dah macam kuih pauuuuuu :')

2016


pernah la suami tanya 'sayang, bila nak kenyang?' . padahal masa tu baru je lepas makan . makan mengalahkan orang mengidam sedangkan tak mengandung pon . itu sebelum ika p jumpa doktor la . lepas tu kami decide untuk ke klinik memandangkan period ika tak teratur . so, nak check la ika nie ada masalah apa . dan semuanya ok . dan apa yang ika alami sekarang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon ika . itu apa yang ika baca lah .


tipulah kan kalau suami tak suruh diet . suami ika pon ada la pesan suruh turunkan berat badan nie haa . apa yang ika baca pon, memang ika kena turunkan berat badan ika nie . dan tipulah jugak kan kalau ika taknak kurus . dan siapalah yang taknak kurus . so, ika pon start lah google itu ini bla bla bla untuk kurus tanpa memudaratkan tubuh badan ika . 

banyak sungguh produk kurus kat pasaran sekarang nie . tapi ika tak berkenan dan suami pon tak bagi . suami suruh ika try amalkan makan produk Shaklee pulak dan ika pulak nak try buat diet atkin walaupon tak sepenuhnya . sekurang-kurangnya ika kena disiplan dalam bab pemakanan ika . kali nie kena tekad . untuk suami . untuk masa depan kami ;)

Read More

Maisara Dress | NFH Boutique Gallery

entry nak promote lagi . hehehe . kali nie nak promote kat korang satu lagi koleksi dress ika . Maisara Dress . dress nie ika beli di Facebook NFH Boutique Gallery . ika pernah dah share satu dress ika dari NFH Boutique Gallery nie . boleh baca kat sini : http://www.nooratikahramli.com/2016/02/najwa-dress-nfh-boutique-gallery.html . ika memang suka beli dress di NFH Boutique Gallery nie . dress diorang best dan shantekkk ;)



dress nie lah yang ika dah beli di NFH Boutique Gallery nie . warna dress nie ialah Mustard Brown . yang tu warna brown ye . kain dress nie material dia moss crepe . seriously ika memang suka kain jenis moss crepe nie . ika selesa bila pakai dress material moss crepe nie .


dress nie dah dua tiga bulan jugaklah ika dah beli tapi baru sekarang dapat pakai . sebabnya dok tunggu makcik ika potong labuhnya dulu . biasalah orang tak berapa tinggi cam ika nie . makanya kena lah potong labuh tu . pakai p keje . selesa je rasa . heee . nanti nak beli dress lain pulak ;)
Read More

Ketidakseimbangan Hormon

tiba-tiba hari nie nak update entry pasal hormon . baru je beberapa minggu lepas ika balik dari jumpa doktor pakar . check la apa yang patut kan ? maklumlah dah kahwin nie, kita dah tak boleh fikir diri kita je . kena fikir suami, keluarga kita dan keluarga suami . Alhamdulillah, doktor cakap ika takde fibroid, takde cyst ke hape . semuanya normal . semuanya ok but then, ada satu je masalah . unbalance hormon :(


balik dari jumpa doktor, ika cubalah google kesan ketidakseimbangan hormon dan langkah untuk seimbangkan semula . so, meh lah ika share beberapa tanda ketidakseimbangan hormon . yang nie ika jumpa dalam satu laman web . credit kat sini : http://kyralifestyle.com.my/blog/2015/04/29/tanda-hormon-anda-tidak-seimbang/ ;)

1. BERAT BADAN MENINGKAT
gaya hidup, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah komponen penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat . ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon menyebabkan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat .

2. LEMAK DI BAHAGIAN PERUT DAN KEHILANGAN JISIM OTOT
apabila sistem endokrin anda stress, hormon tertentu akan kurang dihasilkan dan hormon lain (selalunya cortisol) akan dihasilkan lebih banyak . ini menyebabkan badan menyimpan lemak menyebabkan meningkatnya lemak di bahagian perut .

3. KURANG BERNAFSU
salah satu tanda yang paling ketara ketidakseimbangan hormon adalah nafsu yang kurang, yang bermula dari tidur yang terganggu . tanpa tidur yang berkualiti pengeluaran hormon seks boleh berkurangan .

4. KELETIHAN
belum tengahari dah lemau bukanlah sesuatu yang normal jika anda selalu berasa lesu dan tidak teratur .

5. KEBIMBANGAN, CEPAT MARAH DAN KEMURUNGAN
kebimbangan dan kemurungan adalah petunjuk bahawa anda mempunyai ketidakseimbangan hormon, keracunan, bekerja terlalu keras, tertekan, dan kemungkinan besar tidak memberi badan anda nutrisi yang diperlukan .

6. INSOMNIA DAN CORAK TIDUR YANG TIDAK TERATUR
insomnia menyebabkan tekanan dan meningkatkan tahap kortisol, yang secara langsung menyebabkan ketidakseimbangan hormon .

7. BERPELUH
bagi kebanyakan wanita, berpeluh malam dan hot flashes adalah tanda pertama bahawa sesuatu tidak kena . ini bukan masanya memulakan terapi hormon gantian, tetapi memulakan jurnal makanan dengan mencatat apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda rasa secara fizikal, dan emosi .

8. MASALAH PENGHADAMAN
gas, kembung dan pencernaan perlahan adalah masalah hormon yang biasanya tidak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon, tetapi boleh dikaitkan dengan makanan yang tidak sihat, tidak mengunyah makanan dan makan terlalu banyak.

9. MENGIDAM
selepas makan lebih daripada anda perlu, adakah anda melihat kembali dan bertanya kepada diri sendiri mengapa ? sebab-sebab biasa mengidam dan makan berlebihan adalah keletihan adrenal, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon lain . mengurangkan gula, alkohol, tenusu dan gandum, walaupun sukar, bukan sahaja akan membantu keinginan kawalan, tetapi isu-isu pencernaan juga .

ika screenshot artikel nie then send kat suami . suami cakap semua tu ada kat ika . hahahaha . so, ika nie sekarang tengah cari cara untuk bagi seimbang semula hormon tu . suami suruh try makan produk shaklee pulak . doakan moga dipermudahkan segala urusan ika ye ;)

jangan ambil mudah bila period korang tak teratur . kadang datang period, kadang tak . seeloknya pergilah check . jangan lepas kahwin baru semua nak check . jangan jadi cam ika nie . huhuhu ! lepas kahwin baru nak cari jalan penyelesaian .
Read More

Abaya Ummi Basic | Jubah Abaya Ummi

entry kali nie ika nak share lagik salah satu daripada dress yang ika beli secara online . ika nie suka beli dress online . so, kali nie ika nak share Abaya Ummi Basic yang ika beli di Facebook Jubah Abaya Ummi . dan macam biasalah, ika memang suka beli time sale sahaja . hahahaha !



nie lah jubah yang ika dah beli tu . warna maroon rose . tapi ika amik lengan yang ada zip bukan bergetah macam dalam gambar tu . masa ika beli nie diorang buat promosi rm84 . harga asal rm120 . tapi ika add on itu ini, so total jadi rm96 termasuk pos . kain diorang guna untuk abaya nie kain sakura silk .


ini abaya yang ika beli . dah selamat pakai . maaflah nohh gambar buruk sungguh haih . kamera tak lawa . hahahaha ! tak tahu la nak edit camne bagi nampak lawa . takpe la . yang pemting nampak la abaya ummi basic tu . seriously kain dia memang best . beralun baq hangg ! hahahaha . tang lengan ika tu labuh . kesian ika . dah bagitahu owner dia, nanti nak p alter kat kedai diorang . hehehe

apa yang best bila beli abaya di Jubah Abaya Ummi nie, korang boleh bagitahu siap-siap tinggi korang berape, so nnti dia akan buat terus ikut saiz korang . takyah nak alter dah lepas dapat . tapi ika haritu macam blur . first time beli abaya . tak tahu la pulak abaya nie jenis besar sikit . biasanya kalau ika beli dress, memang saiz dia elok-elok dah dengan ika . heeee .

lepas nie macam nak beli lagi je . ehhh

Read More

Pantai Merang, Setiu

on the way balik dari kedai keropok lekor tu, suami bawak ika singgah di Pantai Merang . tak tahu la kenapa dengan suami ika nie tiba-tiba suka pulak dia jalan-jalan . hahaha ! biasanya dia tak suka jalan-jalan . kami singgah kat Pantai Merang tu sekejap je . alang-alang dah lalu, singgah la kejap . kan ?





layan je lah kan bila suami sendiri yang ajak jalan-jalan . selama nie dia je dok layan karenah isteri dia nie yang suka jalan-jalan . so, kali nie ika pulak yang layan dia jalan-jalan . ikut je ke mana dia nak bawak ika pegi . seronok lain macam dia bila sampai Terengganu . mana tak nya, tempat dia cari rezeki dulu sebelum dapat kerja yang sekarang . mengimbau kenangan la tuuu :P

pandai abg amik gambar syg kan ? -_-

Read More

Keropok Lekor B.T.B 2209, Bukit Tok Beng, Terengganu

baru-baru nie ika ada la balik kampung ika kat Kota Bharu . balik sebab dapat cuti raya cina panjang sikit . so, balik la Kota Bharu . dah sampai kampung, banyak barang nak kena angkut bawak balik Ipoh . hadiah-hadiah yang dapat masa kahwin tu pon kami angkut bawak balik Ipoh . boleh pakai kat rumah di Ipoh .

kami dok di Kota Bharu dalam 3 hari camtu . hari kedua tu balik dari pasar, suami suruh p amik kamera kat rumah sementara dia tunggu dalam kete . bila tanya nak pegi mana, dia cakap ada la . ika nie pulak ingat dia nak pegi dalam kawasan tu je . so, takde la pakai cantik sikit . hahahaha . pakai je lah baju yang baru balik dari pasar tu . last-last dia cakap jugak yang dia nak p Besut .

ika pon tunjuk lah jalan nak p Besut . sampai kat Besut, suami ika nie tak berhenti pon . cakap nak p Besut . haihhh . dia terus je drive . bila dah sampai Besut tu, dia dah tahu jalan dah dia nak p mana . so, ika tak perlu guide dah . bila tanya nak pegi mana sebenarnya nie, dia cakap tungguuu . hahahaha !

finally . . . dia bawak ika pegi beli keropok lekor . hahahaha ! aduhaiii suamiku . dia bawak ika ke Keropok Lekor B.T.B 2209 di Bukit Tok Beng, Terengganu . memang ika tak pernah sampai lagi kat sini . tak pernah try keropok lekor nie . suami ika cakap sedap . huhuhuhu . dia nak ika pulak yang makan .



first time sampai . taktahu tempat ape sebenarnya nie . hahahaha ! semua ajak p masuk . try keropok lekor diorang . sementara tunggu no giliran untuk beli keropok lekor yang tak dipack tu, suami belikan ika yang dah goreng untuk bagi ika rasa . yang dah di'pack' kami pulun beli sampai rm100 . hahahaha :P



serius la ika cakap keropok lekor kat sini memang sedap . tapi first time ika beli keropok lekor nak kena amik no giliran . hehehe . tapi bagus jugak sebenarnya camni . takde la hang nak berebut ke ape . tapi seriously memang ramai betul orang beli . masa suami amik no tu 1104, no suami pulak 1167 . jenuh haihhh tunggu . itu yang sampai 2 bungkus keropok yang dah goreng habis kami makan . hahahaha !

Read More

COMBO COUPLE Elegance | AisyaDanial.com

entry lepas sembang pasal Majlis Sambut Menantu . so, kali nie ika nak share kat mana ika beli dress dan kurta yang ika dan suami pakai masa majlis tu . kami beli online di Facebook AisyaDanial.com . seriously ika cakap ika tak pernah lagi beli baju di AisyaDanial nie . so, tak tahu la service diorang macam mana .


masa ika beli dress dan kurta nie, AisyaDanial nie buat sale . sale memang kaw-kaw la . sebab tu ika grab . hahaha ! bagi ika harga RM150 untuk satu set combo couple elegance nie memang berbaloi . suami ika jenis susah sikit kalau beli baju secara online nie . tapi, haritu ika tunjuk dekat dia, laju je dia setuju . berkenan la tu :P



masa untuk dress dan kurta nie sampai ke tangan ika agak lambat . bila ika check kat page AisyaDanial, seriously memang ramai sangat yang beli baju kat AisyaDanial . so, ika tawakkal je lah baju nie semua akan sampai bila . tak suka push orang sebab tahu diorang nak kena layan banyak karenah lagi . but finally, sampai jugak baju nie . kira ok la daripada tak sampai langsung .

unfortunately, salah saiz . ika punya dress saiz M ika mintak dan Alhamdulillah dah betul ikut saiz yang ika nak . tapi saiz kurta suami ika pulak yang salah . kami mintak saiz S tapi dapat saiz M . agak besar la untuk suami ika tu tapi takde lah besar sangat . masih boleh pakai lagilah . so, kami decide taknak tukar saiz . kang banyak lagi kerja nak kena buat . kalau pulang balik, lambat pulak nak dapat .

selesa dress dari AisyaDanial nie dan ika tengok suami ika pakai kurta tu elok je . takde pon dia bebel cakap tak selesa ke ape ;)

Read More

Majlis Sambut Menantu di Semanggol, Perak

pada 7 Februari yang lepas, berlangsung lah sudah Majlis Sambut Menantu belah suami ika . ewahhh . macam besar sangat majlis nye haihh . hahahaha ! majlis nie kami buat kecik-kecik je . mak mertua ika nak buat jugak untuk sambut dua orang menantu baru . mak dah pesan suruh pakai baju masa akad nikah kami . disebabkan baju tu ada kat Kota Bharu, maka kami kenalah cari baju lain yang sedondon . beli online sajelah :P

disebabkan majlis nie memang kami buat secara kecik sahaja, so, takdaklah pelamin bagai tu . dan mekap pon ika dimekapkan oleh adik ipar ika nie . mintak tolong dia mekapkan . kemain haihhh suka dia nak mekapkan ika . hahahaha ! ika tadah je lah muka nie .



 

kat atas nie gambar baju kami yang sedondon tu . beli online . combo couple . dapatlah harga yang murah . bagi ika kira ok lah harga tu untuk satu set nie . ika punya dress dan suami ika pulak kurta . nanti next entry ika share kat mana beli . shawl tu beli dengan kakak satu office . instant shawl . ade manik comel kat atas kepala tu . hehehe

meh tengok antara hidangan pada haritu . mak mertua ika ada amik catering dan ada jugak yang mak mertua ika masak sendiri . kiranya campur lah lauk pauk tu . jadilah banyak . ewahhh . yang penting ada aiskrim ! hahahaha 





majlis haritu dimulakan dengan bacaan doa . kalau tak silap ika majlis start dalam pukul 11 pagi lebih camtu la . orang yang mak panggil untuk baca doa dah mula datang dan berkumpul kat bawah khemah . ramai lah jugak . lepas tu baru orang kampung mula datang untuk kenduri . sebenarnya nie first time ika kenduri di kawasan belah utara nie . suasana agak lain la bagi ika .





my mak mertua ;)

 

adik ipar dan isteri

bila suami jumpa geng :P

Alhamdulillah, majlis haritu berjalan lancar . cuaca pon elok je panas sampai ke petang . heeeeh . orang pon ramai yang datang . dan Alhamdulillah sekali lagi sebab lauk pauk semua habis . tak membazir hokeyyy . hahahaha !

nah ! seketui gambar dengan Airil omey :P

Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com