Handmade Brooch bt Kraft Zana | A&B Big Day

entry terakhir untuk kerja kahwin ika . perhaps . kikikiki . kali nie nak share dengan korang kat mana ika tempah brooch . brooch nie ika bagi kat family ika tapi pompuan je lah . sajelah kan bagi kat diorang sebab diorang pon plan pakai baju warna sama . so, ika bagilah brooch yang sama pulak .

brooch nie ika tempah di Kraft Zana . sebelum nie ika penah update dah entry yang ika beli brooch kat Kraft Zana nie . so, kali nie ika tempah brooch untuk kerja kahwin ika pulak .




kat atas nie lah brooch yang ika tempah . ika tak decide pon nak corak camne . cuma ika nak brooch tu warna hijau sebab family ika pakai baju warna hijau untuk majlis kahwin ika tu .


btw, big thanks untuk Kraft Zana sebab sudi buatkan brooch nie untuk ika ^^
Read More

Cop Walimatul Urus | A&B Big Day

kerja kahwin . kali nie nak share cop walimatul urus pulak . cop nie ika ade la survey jugak . sebab nak pakai untuk cop kat sampul surat kad kahwin tu . survey punya survey, boleh tahan la kan harga untuk cop .

then, ada la seseorang yang sudi sponsor cop nie . tapi simple je lah . bagi ika ok la selagi benda tu nampak jelas dan terang . orang dah sponsor tu kira dah syukur sangat dah .
 
     

design tu ika yang buat . ika pakai font yang memang dah sedia ada dalam pc . tak boleh la nak fancy sebab nanti kat kedai tu takde pulak font fancy nie . tapi bila dah siap, ika tengok lawa pulak cop nie . hahahaha . simple but nice ! :D


inilah hasilnya bila dah cop kat sampul kad kahwin . takde la menyemak sangat cop tu . simple je . ika sengaja cop kat hujung sampul tu . bagi nampak kemas . takyah nak fancy bagai dah . hahahaha ! ;)
Read More

DIY Flag Banner | A&B Big Day

ini satu lagi diy yang ika berjaya buat . ewahhhh . berjaya la sangat kan . hahahaha ! yang nie pon tak buat pon takpe sebenarnya . benda nie hanya untuk kepuasan . yang nie pon sebab teruja tengok orang buat lawa . so, ika pon teringin nak buat . bila teringin, kena lah buat ye .

designlah sendiri . takyah nak upah orang . yang bunga-bunga kat tepi tu ika google . mana yang berkenan tu ika try la kan . ika edit benda nie dalam Photoscape . edit tambah huruf tu je haaa .
 

ika syorkan korang kalau nak buat flag banner nie, korang download dulu font yang fancy . yang korang suka la . takyah la pakai font yang skema sangat . hahahaha ! ika nie memang jenis suka font yang fancy . macam-macam font dah ika download . kikiki .

lepas tu, korang try la mix and match font dengan design korang tu sesuai ke tak . bila dah sesuai tu, boleh la save dan print out . lepas tu untuk lagi cantik, sila laminate ye . barulah cun ! hehehe . lepastu korang punch la . gantung pakai reben ^^
 

masa majlis kami bulan 11 tu, kakak dan abang ipar ika gantung flag banner nie kat bawah garaj kereta . garaj kereta tu kami buat tempat makan untuk tetamu . maaf lah ye pengantin tak sempat nak amik gambar yang nampak full benda nie . kalut sangat :(

dalam gambar kat atas nie lah yang macam nampak sikit la flag banner tu . camtulah rupa flag banner yang ika buat tu . kakak dan abang ipar gantung camtu bagi nampak kemas . lepastu diorang letak bunga tisu yang dah di'DIY'kan tu . jimat ohoiiii :P
Read More

DIY Tag Hantaran | A&B Big Day

entry kerja kahwin lagik . ada tiga empat entry lagi kot untuk kerja kahwin nie . harap bertabahlah ye baca . hahahaha ! kali nie nak share ika DIY untuk tag hantaran . tag nie tak buat pon takpe tapi ika nie berkenan sangat tengok orang buat macam lawa pulak . 

so, ika pon design la sendiri . buat simple je . janji puas hati . ika design, then hantar kat kakak . kakak ika print out then laminate . senang ! kikikiki . takyah hantar p kedai fotostat bagai :P



yang nie ika design sendiri tapi masa nie ika tak letak tarikh lagi kat bawah tu . yang final punya ika ada letak tarikh kami kahwin . yang final punya macam gambar kat bawah nie . dah siap ada tarikh . ika buat dua warna . satu warna MERAH untuk hantaran pihak lelaki dan warna PINK untuk hantaran pihak perempuan .
 


taq tu ika letak cam dalam gambar kat atas nie . saje je lah letak . hahahaha ! nak tiru orang lain . lalalala . tengok orang buat lawa, so, nak la jugak buat . ok la dapat buat tu dah kira puas hati . lawa ke tak belakang kira :P
Read More

DIY Cenderahati Sapu Tangan | A&B Big Day

entry kerja kahwin . kali nie nak share diy cenderahati yang ika bagi kat tetamu . sangat menjimatkan duit tapi penat sikitlah kan . cenderahati nie kakak dan abang ipar yang dok pulun buat . diorang beli sapu tangan warna MERAH PINK dan PUTIH .

sapu tangan tu diorang diy sendiri la buat jadilah cam dalam gambar kat bawah nie . diorang buat 500lebih . hahahaha . mahu kejang tangan hoii buat benda nie .

     

 

  

bila dah siap semua nie nampak cantik pulak . terima kasih kakak dan abang ipar . sudi buatkan benda nie untuk majlis kami .
 


total habis untuk cenderahati nie dalam rm200 untuk 500++ sapu tangan nie . bagi ika ok la . cumanya kena rajin . hahahaha ! kalau korang nak buat benda nie dalam kuantiti banyak, ika syorkan korang buat dari awal . buat sikit-sikit . nanti lama-lama siaplah . jangan pulun buat berterusan . mahu demam nanti :P
Read More

Zalora Handbag by Zalora | A&B Big Day

entry kali nie nak share kat mana ika beli handbag untuk barang hantaran ika . masa nak beli handbag nie, ika survey je dulu handbag tapi takde la survey kat Zalora . then, dapat emel collaboration dari Zalora . kebanyakan blogger mesti penah buat entry untuk Zalora kan ?


so, hasil buat entry tu, dapatlah ika beli handbag untuk barang hantaran ika nie . takyah susah-susah keluar duit . tapi yang nie ika cuma tambah rm5 . kikiki . tapi takpe la . berbaloi-baloi .

seriously ika nie jenis yang suka beg besar-besar sebab nanti senang nak masukkan semua barang dalam beg . kadang-kadang tu kalau pegi mana-mana, dengan telekung solat sekali ika angkut masuk dalam handbag . hahahaha ! senang . takyah ika bawak beg banyak-banyak . leceh . pastu mulalah senget bahu nie :P

btw, beg nie seriously memang besar . nak tunjuk gambar camne kat dalam beg tu pon takde pulak gambar . masa beli haritu rasanya ada la amik gambar tapi bila cari entah kat mana pulak letak gambar tu .

puas hati dapat beli handbag nie dan puas hati bila terima handbag nie . terima kasih Zalora ;)
Read More

Gelang Emas by Baiduri Gold | A&B Big Day

entry kerja kahwin lagi . harap bertabahlah selagi tak habis . hahahaha . kali nie nak share kat mana kami beli gelang emas untuk akad nikah . gelang nie kami mintak tolong kakak ika belikan . kebetulan masa kami beli tu harga emas tengah turun . so, memang terus belilah .


kakak ika beli gelang nie dengan kawan dia . semua urusan beli emas nie kami serahkan pada kakak . masa nak beli tu, kakak tunjukkan ika beberapa design untuk ika pilih . memandangkan ika nie pesen tak berapa suka emas, ika setuju je lah yang mana kakak pilih . hahahaha ! :P
 
    

then, kakak ika pilih yang kat atas nie . bulat bulat kauu . hahahaha . harganya tak sampai seribu ye . masih dalam bajet . sebab kami mulanya nak beli cincin tapi sebab masa tunang ika dah dapat cincin, so ika takmau la cincin lagi . sebab tu kami beli gelang .


nampak secoet je kan gambar gelang ika tu dalam gambar . hahahaha ! ok la tu nampak jugak :P
Read More

Couple Watch by Marwan Wan | A&B Big Day

kali nie ika nak share salah satu barang hantaran kami berdua masa majlis kahwin . ika dan suami decide untuk beli jam tangan walaupun suami ika tu bukan jenis pakai jam tangan . hahaha !

so, untuk menjimatkan kos dan memudahkan keje, kami beli set jam tangan couple dengan kawan ika . murah dan jimat duit . kikikiki . design nie suami ika yang pilih . dia pilih yang dia berkenan dan ika ikut je yang mana pon . janji benda setel .



set couple nie saiz dia beza antara lelaki dengan perempuan . yang ika punya tu kecik sikit saiz dia . yang suami ika punya saiz jam dia besar . bila ika pakai pon memang longgar . jam yang kami beli nie bagi ika okey la . untuk orang yang sangat jimat cam ika nie, memang berbaloi . hahahaha !

ika nie pesen pakai jam sampai jam tu lunyai . sampai jam tu dah habis bateri, baru ika tukar . bukan tukar bateri, tukar jam lain . kahkahkah ! malas haih nak fikir beli bateri lain :P
Read More

Quilling Handmade Frame by AR Warna Warni | A&B Big Day

entry kali nie nak share dengan korang kat mana ika tempah frame duit untuk letak duit hantaran . ika tempah kat AR Warna Warni . sebelum nie ika pernah beli Doily Paper dengan AR Warna Warni nie . so, kali nie ika tempah Frame pulak .


frame nie boleh letak gambar . tapi ika tempah yang untuk display duit not rm50 sekeping . yang selebihnya tu kami letak dalam album gambar .






macam biasa, haruslah ikut warna tema PINK dan PUTIH . kikiki . btw, memang sangat memuaskan hasil kerja Kak Lala . sangat berpuas hati . terima kasih Kak Lala :)
Read More

Bekas Hantaran (P) | A&B Big Day

entry semalam ika berkongsi berkenaan bekas hantaran untuk pihak lelaki . so, hari nie ika nak berkongsi berkenaan bekas hantaran untuk pihak perempuan pulak . untuk ika la tu . hahahaha ! barang-barang nie semua kami beli sendiri . cuma untuk hantaran ika, ika dengan bakal adik ipar ika yang buatkan .

semalam temanya MERAH PUTIH . kali nie temanya PINK PUTIH . for sure la untuk ika warna pink . hahahaha ! ika decide untuk buat base warna putih dan bunga orkid warna pink . berkenan sangat-sangat dengan bunga orkid ohoiii . nasib la jumpa bunga orkid warna pink .


barang-barang nie semua kami beli di Thank-Q, Seri Iskandar . nak cakap murah, takde la murah sangat tapi kira ok la harganya . 
 





caranya sama macam yang abang ipar ika buatkan untuk pihak lelaki . cuma kami pakai lace untuk lilit sekeliling tu . abang ipar ika pakai pearl . dan hasilnya macam kat bawah nie . itupon kami dah tambah bunga lain . tak cukup ohoii bunga orkid tu . ingat dah cukup . wuwuwuwu T_T
 

simple but nice . boleh lah untuk orang yang takde seni macam kami nie . kikikiki
Read More

Bekas Hantaran (L) | A&B Big Day

entry kali nie ika nak share untuk bekas hantaran bagi barang pihak lelaki . kiranya yang nie family ika yang buatkan . so, tema untuk bekas hantaran untuk barang pihak lelaki adalah MERAH dan PUTIH . bekas hantaran nie, abang ipar ika yang tolong buatkan . hehehe

meh la ika tunjuk antara bahan-bahan yang abang ipar ika pakai untuk buat bekas hantaran nie . tapi ada jugakla barang yang takde dalam gambar nie .




 
disebabkan teman merah dan putih, so diorang decide untuk buat base warna merah . dan bunga putih campur merah . takpe la kan as long as ikut tema warna . kikikiki . abang ipar tolong buat pon dah syukur sangat-sangat dah ;)
 
mula-mula potong kain tu ikut ukuran polisterine tu . lepas tu, abang ipar nie dia gosok kain tu sebab tak nak bagi nampak kedut . so, kemas la sikit kan ? lepas tu dia akan gamkan di sekeliling tu . lebih kurang macam balut hadiah la . 
 
 
lepas dah kering gam tu, dia lilitkan pulak dengan pearl kat sekeliling polisterine tadi . jadilah macam kat bawah nie . so, nie dah kira siaplah . tinggal nak gubah bunga je untuk letak kat atas polisterine nie .



untuk bunga pulak, abang ipar ika gubah cam kat bawah nie . dia gubah banyak-banyak terus . senang nanti . just letak dan gam sahaja . sekali tengok macam bunga tangan kan ? hahahaha ! tapi ini bunga bekas hantaran ye :P
 



contohnya macam kat atas nie la tapi bergantung pada barang jugaklah kedudukan bunga tu . korang boleh tengok kat sini : http://www.nooratikahramli.com/2016/01/the-hantaran-big-day.html ;)

sekian sahaja idea untuk bekas hantaran . hehehe
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com