Trimester Kedua !

sekejap je ika rasa masa berlalu. ika rasa macam baru je tahu yang ika mengandung. sekarang dah masuk ke trimester kedua. waaaaa. kejapnyeee masa berlalu. berdebar rasa. mengandung nie ada 3 trimester kesemuanya. ika pon baru je tahu sebenarnya. tahu sejak mengandung. kahkahkah ! sebelum mengandung idok ler nak amik tahu.

Trimester Pertama
Hamil 4 Minggu sehingga 13 Minggu

Trimester Kedua :
Hamil 14 Minggu sehingga 27 Minggu

Trimester Ketiga :
Hamil 28 Minggu sehingga 40 minggu


tapi apa yang ika baca, sebaik sahaja mengandung dah masuk minggu ke 13, dah pon dikira trimester kedua. trimester kedua nie kebanyakannya yang alahan tu dah hilang la pada kebanyakan ibu mengandung tapi tidak pada ika. batu ika yang ika rasa pada minggu ke 12 tu macam dah ok, kini kembali. dah start batuk tapi tidak la seteruk awal dulu. ika amalkan minum pati delima. lega sikit rasa tekak nie.



1 Bulan : 4 Minggu - 7 Minggu
2 Bulan : 8 Minggu - 12 Minggu
3 Bulan : 13 Minggu - 16 Minggu
4 Bulan : 17 Minggu - 20 Minggu
5 Bulan : 21 Minggu - 24 Minggu
6 Bulan : 25 Minggu - 29 Minggu
7 Bulan : 30 Minggu - 33 Minggu
8 Bulan : 34 Minggu - 38 Minggu
9 Bulan : 39 Minggu

sejak akhir-akhir nie ika dah mula suka baca berkaitan mengandung dan berkaitan baby. nak tambah ilmu. takde pengalaman kenalah usaha sendiri. doakan untuk ika dan baby. sebenarnya ika nie sangatlah penakut. nak p check up kat klinik pon takut. kahkahkah ! nak makan ubat, lagilah. tapi apa yang ika rasa perubahan ketara ika ialah ika sangat senang makan ubat. bangun pagi, mesti telan ubat yang nurse dah bagi. kalau sebelum nie, sakit ke hape ke, ubat tu ika jeling je ! hahahahaha

itu sahaja lah yang nak conteng kat sini. kenangan terindah. nanti bila dah bersalin, boleh baca balik. kikikiki. doakan dipermudahkan urusan ika sepanjang mengandung.

3 comments:

  1. alhamdulillah ika..mesti tak sabar nak tunggu kelahiran pertama ni kan...moga sihat2 hendaknya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ika... Slm perkenalan dr sha.. Bw dr blog hasrulhassan..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com