Pregnant ! | Minggu 9

sambungan kisah pregnant. kali nie di minggu ke 9 pulak. heee . semakin rajin nampaknya update blog. kahkahkah ! semoga kerajinan ini berterusan. ewahhh.


Minggu 9

Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.

Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.

di minggu ke 9 nie, ika tak alami perubahan yang pelik melainkan batuk ika tak habis lagi. hehehehe. cuma bila masuk malam je, memang akan batuk teruk dan sampai muntah. selagi tak muntah, selagi tu la takkan dapat tido. di minggu 9 nie jugaklah ika ikut family pegi mandi-manda di Bukit Merah Laketown Resort. hahahaha ! nasib la batuk tu tak teruk di waktu siang. cuma malam je dia teruk. dah jadi macam night sickness. heeee

patutnya minggu ke 9 nie, ika ade appointment untuk scan kandungan ika di klinik swasta, tapi ika tak pegi pon sebab dah scan masa minggu ke 7. dan kitorang decide tak perlu scan dah sehingga buat buku pink kat klinik kesihatan nanti. lepastu, kalau doktor suruh scan, baru kita scan. heeee. doakan dipermudahkan urusan ika. walaupun baru 2 bulan lebih. masih baru tapi untuk orang yang takde pengalaman macam ika nie, seriously macam-macam ika fikir T_T . takut, risau semua ada. 

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com