Pregnant ! | Minggu 14


Minggu 14

Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.


Tubuh Anda

Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.


minggu ke 14 sudah kandungan ika nie. dah masuk trimester kedua. di minggu ke 14 nie, ika banyak keje luar. kejap kena ke Kuala Lumpur, kejap kena ke Gombak. sampai flat, terus ke klinik dan doktor bagi cuti untuk rehat. rumah pon dah macam tongkang pecah. selagi keje tak siap, selagi tu lah ika tak boleh nak bersenang lenang. Alhamdulillah ika berjaya siapkan keje sebelum masuk tahun baru 2017. dapatlah ika berehat sekejap.

minggu ke 14 nie ika banyak bergerak. kena meeting kat Gombak, pastu suami ajak balik kampung kat Semanggol sempena cuti krismas, habis cuti, sambung meeting kat Kuala Lumpur. walaupun Ipoh-Kuala Lumpur dalam 2 jam lebih tapi perjalanan tu buat ika penat. dulu takpe la aktif sakan bab berjalan nie. sekarang nie sikit pon rasa dah penat walaupun bukan ika yang drive.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com