Pregnant ! | Minggu 13

cerita mengandung di minggu ke 13. kandungan dah 3 bulan. doakan ika dan baby sihat kedua-duanya. Inshaallah. doakan jugak dipermudahkan urusan ika sepanjang mengandung nie dan dijauhkan daripada benda-benda tak elok.


Minggu 13

Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Tubuh Anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.


untuk minggu ke 13 nie ika takde appointment kat klinik. appointment ika lagi 2 minggu. waaa berdebar rasanya. hahahaha ! tak pernah tak berdebar bila kena pegi klinik padahal takde ape pon. check up je ika oii. ape nak ditakutkan. minggu ke 13 hanya rileks sahaja. siapkan sisa-sisa keje ika untuk tahun 2016 yang masih berbaki sikit je lagi.

di minggu ke 13 nie ika dah mula batuk macam awal mengandung dulu. batuk teruk sampai muntah. sampai lunyai badan. tapi takpe la. nanti tak lama lagi hilanglah tu. fikir positif ika. Alhamdulillah benda tu semua jadi pada belah malam sahaja. so, pagi sampai petang ika masih bekerja seperti biasa. hanya batuk biasa sahaja. tenkiuuuu wahai baby sayang. macam faham je. hehehehe

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com