Pregnant ! | Minggu 12

kisah pengalaman ika mengandung. kali nie di minggu ke 12 ataupun lebih kurang dah masuk 3 bulan kandungan ika nie. bagi ika masih baru lagi. risau tu tetap ada. tambahan pulak ini adalah pengalaman pertama ika. doakan untuk ika dan anak dalam kandungan semoga dipermudahkan semuanya. Inshaallah ^^



Minggu 12

Bayi Anda

Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.



Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.


untuk minggu ke 12 nie, ika ada appointment di klinik kesihatan. untuk scan kandungan ika since period ika tak teratur. so, nurse nakkan date yang betul untuk tarikh kelahiran baby nanti. sebelum nie ika dah pernah scan di klinik swasta. kali nie ika kena scan di klinik kerajaan pulak.



scan di klinik swasta yang lepas, tarikh due ika adalah 27 Jun 2017 nanti iaitu raya puasa hari ketiga. tapi bila ika scan di klinik kerajaan, ika dapat tarikh lain pulak iaitu due ika pada 25 Jun 2017 iaitu jatuh pada hari raya puasa yang pertama. kalau ikutkan ika, ika tak kisah baby nak keluar bila asalkan ika dan baby nanti sihat dan selamat semuanya. cuma bila tengok tarikh tu, HARI RAYA ! hahahahaha.

Alhamdulillah, batuk ika dah makin berkurang. dah banyak berkurang sebenarnya. Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! sekarang dah makin sihat. dah makin cergas berbanding sebelum nie. cuma kadang tu rasa nak tido je memanjang. hehehehe ! rasa malas nak keluar rumah. nak dok je kat dalam rumah tu. rehat puas-puas.

1 comment:

  1. Semoga ibu & bayi sntiasa siat walafiat, insyallah =)
    fllw sni 1907# newbie lg mohon support =D

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com