Pregnant ! | Minggu 11

entry berkenaan kisah mengandung lagi. heee. kali nie kisah ika mengandung di minggu ke 11. kejap je kandungan dah nak masuk 3 bulan. tak sedar. tak sabar nak tengok baby sendiri :P


Minggu 11 

Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.

Tubuh Anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.

di minggu ke 11 nie, ika ade temujanji di klinik desa berdekatan dengan rumah ika. so, untuk pertama kalinya lah nak pegi buat buku warna pink tu. hehehe. pagi-pagi lagi ika dan suami gerak ke klinik desa tu. ika siap cakap kat suami yang ika takut. hahahahaah ! suami cakap takde ape yang nak ditakutkan. so, bertabahlah ika mengharungi hari pertama pemeriksaan ibu dan anak.



first sekali, check urine dan amik darah. nasib la amik darah tu kat hujung jari je. ika nie dah la penakut jarum. hahahahaha ! lepas tu tunggu turn lagi untuk check berat, tinggi dan tekanan darah. berat macam dah turun sikit. ewahhh. Alhamdulillah tekanan darah shantekkk. then, jumpa nurse untuk sesi sembang. sembang la sangat. untuk sesi pemeriksaan la. lepas tu ika buat pemeriksaan gigi. lepas check gigi, haaaaa tibe-tibe nurse panggil untuk amik darah sekali lagi. kali nie amik darah kat lengan. yang nie la ika takutkan. wakakakaka ! nurse pon perasan yang ika takut :P

Alhamdulillah ika berjaya sesi pertama pemeriksaan ibu dan anak dengan jayanya walaupun part amik darah kat lengan tu dah macam nak failed je. kikiki. lepas nie banyak lagi haih nak kena cucuk jarum. sabaq la ika. pengalaman yang sangat indah untuk dikenang.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com