Pregnant ! | Minggu 10

kisah mengandung ika di minggu ke 10. walaupun tak banyak yang nak diceritakan, sekurang-kurangnya ika akan ada satu kenangan mengandung untuk dibaca pada masa depan. heeeee. first time mengandung, macam nie la. hahahahaha !


Minggu 10

Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.

Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.

di minggu ke 10 ika pregnant, jadual keje ika full dengan keje luar. dari isnin sehingga jumaat. yang free cuma hari rabu sahaja untuk bermalas-malasan di ofis. kahkahkah ! yang lain semua keje luar. start dari hari Isnin ika ke Tapah, hari Selasa ke Batu Gajah, hari Khamis ika ke Gerik dan hari Jumaat ika Sungai Siput (U). berjalan sakan ika di minggu ke 10. nasib baik la baby sangat behave. hahahaha ! cuma di hari terakhir, dah mula batuk teruk sampai suara pon takdak. penat sangat dah tu.

tapi memang betul, badan jadi rasa macam panas. orang lain elok je sejuk. hahahahaha ! suami ika pon ade jugak la ajak p beli baju baru tapi ika nie macam tak berminat lagi. belum sampai masa lagi nak shopping baju baru untuk ika. tunggu dah takde baju langsung yang sesuai dipakai, nnt kita p cari. lalalalala

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com