Penghargaan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

awal bulan Disember, ika ada dapat emel daripada pihak PTPTN. emel penghargaan bayaran balik pinjaman PTPTN. hahahaha ! ika start settlekan berkenaan PTPTN nie kalau tak silap ika dalam bulan Disember 2015. ika buat permohonan pertukaran ke Ujrah. so, semua benda tu settle dalam bulan Januari 2016 kalau tak silap ika lah.


lepas dah submit semua dokumen yang diperlukan, ika just tunggu untuk diorang buat pemotongan gaji. tapi berbulan-bulan jugak la tunggu diorang potong gaji ika tapi takde pon potong dalam slip gaji. dalam bulan September 2016, ika call kakak yang ika selalu berhubung berkenaan PTPTN ika, dan dia mintak ika hantar slip gaji ika untuk diorang proses. masa awal tahun tu takdak pulak mintak slip gaji. aduuuu.

lepas dah submit slip gaji, ika kena tunggu paling lama pon 3bulan diorang akan proses. Alhamdulillah, bulan November 2016 diorang dah start buat pemotongan dalam slip gaji ika. benda yang paling ditunggu selama nie. kahkahkahkah ! sebulan ika buat bayaran sebanyak RM127.59. ada yang cakap banyak. tapi bagi ika, biar jelah PTPTN potong banyak tu sebulan selama 10 tahun. lepas 10 tahun sekurang-kurangnya ika dah settlekan bayaran PTPTN.

korang nak tahu lebih lanjut berkenaan PTPTN, boleh la ke laman web diorang di http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung. bila tengok baki bayaran, termenung sekejap. hahahaha ! itulah. dulu-dulu bukan nak bayar pinjaman. bila dah berlambak, baru tergedik nak bayar tapi takpelah. sekurang-kurangnya bayar daripada tak bayar langsung, lagilah bertambah hutang.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com