#MyTravelokaEscapade : Sabah Destinasi Pelancongan Pilihan Saya !

korang suka bercuti ? tak kisahlah di dalam mahupun di luar negara. psssstttt ! Traveloka sedang menganjurkan satu pertandingan yang menarik untuk korang. untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Traveloka dan jugak online contest ini, korang boleh la ke laman web yang ika dah sharekan. Traveloka merupakan satu laman web yang akan membantu anda semua untuk merancang percutian anda dengan lebih mudah dan teratur. anda boleh membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan di Traveloka.  :)


Sabah Destinasi Pelancongan Pilihan Saya !

kenapa ika pilih Sabah ? sebab ika dah lama teringin nak pergi jalan-jalan ke Sabah. untuk pengetahuan semua, ika dah dua kali beli tiket kapal terbang untuk ke Sabah tetapi nasib tidak menyebelahi ika untuk sampai ke Sabah lagi. pertama kali ika beli tiket kapal terbang ke Sabah adalah pada Disember 2013. beli tiket berdua dengan sahabat baik ika. tetapi kami tidak dapat meneruskan percutian kami ke Sabah disebabkan sahabat baik ika ada program penting yang harus diselesaikan.

kali kedua tiket kapal terbang ke Sabah ika adalah pada bulan April 2017 nanti. ika dan suami akan bawa mak mertua ika ke Sabah untuk bercuti namun nasib masih lagi tidak menyebelahi ika. ika disahkan mengandung dan dalam perkiraan kami, bulan April nanti kandungan ika adalah 6 bulan lebih. suami tak izinkan kami pergi bercuti ke Sabah memandangkan ini adalah kandungan pertama dan kami tiada sebarang pengalaman. untuk langkah selamat, kami bersetuju untuk tidak meneruskan percutian ke Sabah.

ika nak kongsikan dengan semua kenapa ika nak sangat pergi bercuti di Sabah :

1. Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

credit picture HERE

Desa Cattle Dairy Farm nie adalah tempat pertama yang ika nak sangat pergi bila sampai ke Sabah. dah lama teringin nak ke Desa Cattle Dairy Farm nie. selama nie dok tengok kawan-kawan je upload gambar diorang berkunjung ke Desa Cattle Dairy Farm nie. suasana di Desa Cattle Dairy Farm nie yang membuatkan ika teringin sangat nak ke sana. kawasannya ala-ala berada di luar negara menambahkan lagi keinginan ika untuk ke sana.

2. Upside Down House, Tamparuli

credit picture HERE

satu lagi tempat menarik yang ika nak kunjungi di Sabah ialah Upside Down House yang terletak di Tamparuli. Upside Down House atau lebih dikenali sebagai Rumah Terbalik ini adalah yang pertama di Malaysia. teringin rasanya ika nak tengok keadaan sebenar di dalam Rumah Terbalik nie disamping bergambar dengan sebanyak mungkin.

3. Jambatan Gantung, Tamparuli

credit picture HERE

tempat menarik yang ketiga yang ika nak kunjungi bila dah sampai ke Sabah ialah Jambatan Gantung yang terletak di Tamparuli. bagi ika, Jambatan Gantung Tamparuli ini adalah antara tempat yang wajib dikunjungi bila dah sampai ke Daerah Tamparuli. bila sebut Tamparuli, pasti ramai yang terbayangkan jambatan gantung.

4. Pulau Manukan

credit picture HERE

Sabah sememangnya terkenal dengan pulau-pulaunya yang cantik. antara pulau yang ika nak kunjungi ialah Pulau Manukan. selain itu, ika boleh ke Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan juga Pulau Manukan yang hanya terletak bersebelahan. Pulau-pulau ini adalah destinasi pelancongan yang terkenal di Kota Kinabalu. untuk ke pulau ini, ika hanya perlu menaiki jeti yang terletak di Bandar Kota Kinabalu. banyak aktiviti yang ika boleh lakukan di pulau-pulau nie antaranya ialah snorkelling, island hopping dan picnic bersama keluarga tercinta.

5. Muzium Sabah, Kota Kinabalu

credit picture HERE

seriously ika memang suka dengan MUZIUM ! ika suka berkunjung ke muzium negeri-negeri yang ika pernah sampai. ika suka tengok barang-barang yang dipamerkan di dalam muzium. bila ke Sabah, ika nak sangat berkunjung ke Muzium Sabah yang terletak di Kota Kinabalu. di dalam Muzium Sabah nie, terdapat taman etnobotani, zoo dan sebuah kampung warisan yang menyebabkan ika teringin sangat masuk ke dalam Muzium Sabah ini dan tengok sendiri apa yang menarik di dalam muzium tersebut.

6. Pusat Informasi Rafflesia, Tambunan

credit picture HERE

tempat menarik yang seterusnya ika nak pergi bila sampai ke Sabah ialah Pusat Informasi Rafflesia yang terletak di Tambunan. pusat informasi ini mengambil masa 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. walaupun agak jauh dari bandar utama, ika berharap sangat dapat sampai ke Pusat Informasi Rafflesia ini dan dapat lihat sendiri bunga Rafflesia ini.

7. Ladang Teh Sabah, Ranau

credit picture HERE

seterusnya, ika nak berkunjung ke Ladang Teh Sabah yang terletak di Ranau. ladang teh ini mengingatkan ika pada Cameron Highlands, Pahang. ika suka melihat kehijauan yang terdapat di ladang teh ini sambil menikmati udara yang nyaman. ika juga nak merasa air teh di Ladang Teh Sabah ini. tak sabar rasanya.

8. Kolam Air Panas Poring, Kundasang

credit picture HERE

tak lengkap rasanya bila ke Sabah sekiranya ika tak berkunjung ke Kolam Air Panas Poring yang terletak di Kundasang. Kolam Air Panas Poring antara tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi bila dah sampai ke Sabah. kolam air panas yang terletak di Kundasang ini sangat menarik kerana air panasnya berpunca aliran air panas gunung. selain itu, terdapat banyak kemudahan untuk pengunjung bersantai dan berkelah bersama keluarga.

9. Kundasang War Memorial Park, Kundasang

credit picture HERE

seperti point ika di no 5, ika sememangnya suka dengan tempat bersejarah. jadi, ika tak nak lepaskan peluang untuk berkunjung ke Kundasang War Memorial Park yang terletak di Kundasang. memorial park ini terdiri daripada 4 taman yang cantik iaitu Australian Garden, English Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden. tak sabar rasanya ika nak ke Kundasang War Memorial Park ini dan mempelajari sejarah-sejarah yang ada di sana.

10. 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau

credit pciture HERE

tempat menarik terakhir dalam top wishlist ika adalah 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru yang terletak di Ranau. tempat menarik nie lebih dikenali sebagai Spa Ikan. kenapa ? kerana kat sini kebanyakan pengunjung yang datang adalah untuk mendapatkan perkhidmatan spa daripada ikan. pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman di'urut' oleh ikan-ikan kelah yang terdapat di sini. walaupun ika seorang yang penggeli, tapi ika nak juga merasai pengalaman di'urut' oleh ikan kelah ini.

********************************************************************************************

ok itu sahaja tempat menarik yang ika nak sangat kunjungi sekiranya ika dapat bercuti di Sabah. Sabah merupakan destinasi pelancongan pilihan ika. terdapat banyak tempat menarik di Sabah untuk ika kunjungi. jomlah kita ke Traveloka dan tempah hotel dan tiket penerbangan sekarang ! Traveloka pastinya akan memudahkan urusan percutian anda. #MyTravelokaEscapade

2 comments:

  1. semoga impian tercapai datang negeri kelahiran Unni :) All the best..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com