Morning Sickness !

kali nie ika nak share pengalaman mengandung ika sepanjang trimester pertama. kebanyakan ibu mengandung akan mengalami morning sickness malahan ada je yang takde alahan langsung. ika pulak takde morning sickness, ika ada night sickness ! hahahahaha. tapi serius ika cakap memang alahan ika pada waktu malam.

ika tak boleh makan lewat. ika tak boleh makan makanan yang berat-berat. bila makan je, ika akan batuk dengan penuh perasaan gituuuuuu dan batuk tu akan berulang dan berulang dan berulang sampailah ika muntahkan makanan tu semua. selagi makanan tu tak keluar balik, selagi tu ika akan batuk dengan penuh perasaan. hehehehe


ika pon taktahu ape ika rasa. bila dah batuk sepenuh perasaan tu, suami ika pon takut. kesian pon ada dia tengok ika nie tapi nak buat macam mana kan ? kalau tak makan, ika lapar. kalau ika makan, macam tu la jadinya. tapi kadang tu, ika makan je sebab dah tahu jap lagi mesti batuk sampai muntah-muntah. memang boleh dikatakan setiap hari jugaklah keadaan ika macam nie. pagi sampai petang memang ika elok je. batuk biasa je. bila masuk malam je, mulalah . . .

so, bila malam je, suami ika tak bagi ika makan nasi ke hape ke. ika just makan koko crunch dengan susu. pastu makan pelam. waaaaa sedapnyaaa. hahahahaha ! Alhamdulillah itupon dah mengenyangkan. taktahu la sejak bila suka makan pelam nie. pelam epal pulak tu. kikikiki. sebenarnya ika pon taktahu bila alahan ika nie akan berakhir walaupun bagi ika takde la teruk mana alahan ika nie berbanding sesetengah orang yang sampai bau ape pon tak boleh. doakan untuk ika semoga ika terus kuat.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com