Memori 2016

entry kali nie ika nak throwback sikit perjalanan ika sepanjang tahun 2016. ada suka. ada duka. heeeee. so, ika akan throwback ikut bulan. ada bulan yang ika akan skip sebab takdak benda menarik untuk dikongsi.

FEBRUARI


since Januari ika takdak benda menarik untuk dikongsi, ika skip ke bulan Februari. bulan Februari tahun 2016 ada cuti sempena Tahun Baru Cina. so, family mertua ika decide untuk buat Majlis Sambut Menantu yang simple sahaja untuk ika dan biras ika. korang boleh baca entry tu kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/02/majlis-sambut-menantu-di-semanggol-perak.html. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan itu adalah kali pertama ika join kenduri belah Perak nie. banyak bezanya dengan belah Kelantan.


dan untuk bulan Februari jugak, ika dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKLW bagi tahun 2016. korang boleh baca entry tu kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/04/majlis-perkhidmatan-cemerlang-kklw.html. terima kasih JAKOA, terima kasih KKLW :)

MAC


Mac 2016, suami ika punya pak saudara selamat bernikah. sebenarnya pak saudara suami nie sama je umur dengan kami. kikikiki. tahun depan dah nak dapat baby dah. tahniah Pak Ngah dan Mak Ngah. entry kahwin diorang boleh baca kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/04/selamat-pengantin-baru-pak-ngah.html.

JULAI


bulan Julai. bulan kelahiran ika. pertama kali sambut birthday dengan suami. kikikiki. korang boleh baca entry kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/07/happy-26th-birthday-to-me.html, entry hadiah hari lahir dari suami, http://www.nooratikahramli.com/2016/07/hadiah-hari-lahir-dari-suami.html dan entry sambut birthday dengan anak saudara ika, Amani, http://www.nooratikahramli.com/2016/07/happy-birthday-amani-aunty.html.

OKTOBER


Oktober yang penuh dengan kenangan indah. heeee. ika disahkan mengandung. Alhamdulillah. penantian hampir setahun. syukur sangat-sangat. hadiah ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. korang boleh baca entry nie kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/11/pregnant-minggu-5-minggu-6.html. doakan dipermudahkan urusan sepanjang ika mengandung dan bersalin nanti. Inshaallah.

NOVEMBER


28 November 2016, genaplah setahun usia perkahwinan ika dan suami. baru setahun. masih banyak yang perlu diharungi. korang boleh baca entry anniversary kami kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/11/happy-1st-anniversary.html. happy anniversary, dear Husband :)

DISEMBER


buat pertama kalinya kakak ika datang ke rumah ika di Ipoh setelah ika dah berpindah dan berkahwin. sebelum nie diorang penah datang masa ika bujang dulu tapi kat rumah lama lah. so, ika bawak diorang main air kat Bukit Merah Laketown Resort. entry tu korang boleh baca kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/12/bercuti-bersama-keluarga-di-bukit-merah.html.

bulan Disember jugak adalah bulan kelahiran suami tersayang. entry kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2016/12/happy-birthday-husband.html. tahun nie ika bagi hadiah special kat suami. hadiah untuk hobi dia yang dia suka sangat tu :P

itu sahaja kenangan ika untuk tahun 2016 nie. sebenarnya ada banyak lagi tapi itu sahaja yang ika dapat kongsikan kat sini. ika harap tahun 2017 nanti lagi meriah entry kat blog ika nie. kikikiki. makin lama, makin berkurang entry kat blog :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com