Hello DISEMBER !

maka berakhir sudah November 2016. dah masuk Disember 2016 dan lagi sebulan dah nak masuk tahun 2017. kejap je masa berlalu . start bulan September yang lepas, ika dah mula buat sendiri planner ika. planner nie ika tampal la kat atas meja ofis nie. senang nak tengok jadual pergerakan ika sepanjang sebulan tu. seriously kadang memang asyik lupa benda-benda penting. dengan adanya planner nie, memang nampak la ika kena ke mana dan kena buat ape.


planner nie ika buat je sendiri. ade juga try cari kat google. banyak je yang cantik-cantik. hehehehe. tapi saje nak buat sendiri ikut ape yang ika nak. simple dan senang nanti nak tulis dalam kotak-kotak tu. untuk bulan Disember nie, jadual dah terisi sampai 5 Disember. hahahahaha ! ika hanya taip yang mana tarikh penting. yang mana dalam perancangan tu, ika tulis je pakai marker. ika print dalam saiz A3, laminate dan tampal je kat meja tu. besar dan jelas.

sebelum nie tak terfikir pulak nak buat macam nie. bulan September baru terfikir nak buat planner nie sendiri. planner tahun 2017 pon dah buat siap-siap. hehehehe. bulan Disember nie bulan kelahiran suami tersayang. so, nak bagi hadiah ape eh ? :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com