Headset With Mic | Nile.com.my

nak review barang yang ika shopping secara online. kali nie ika shopping di nile.com.my. dah banyak kali sebenarnya ika shopping di nile.com.my nie. ika pernah beli INI, INI dan INI di nile.com.my nie. sebenarnya banyak lagi tapi itu je yang ika sempat review. kikikiki. kali nie ika nak review barang yang baru je ika beli iaitu Headset With Mic.


tadaaaa ! inilah barangnya. tapi bila ika check balik kat Nile, barang nie dah takde. hahahaha ! adakah ika orang terakhir yang membelinya ? lalalalala. ika beli nie dengan harga RM18.30 sahaja. sangat murah bagi ika dan Alhamdulillah barang sampai dengan selamat tanpa ada cacat cela. ika order hari nie, esok dah sampai. bagus betul Nile dan Pos Laju. hiksss

sampai je terus test. mestilah. barulah tahu barang nie elok ke tak. kalau tak elok, boleh la komplen. Alhamdulillah semuanya ok. terus pakai la lepas tu. memang ika beli untuk letak kat ofis. takmau ganggu orang lain. so, ika boleh dengar apa sahaja lagu yang ika nak dengan tenang gituuuu. ewahhh. nanti boleh la bagi baby dengar jugak. eh eh eh.


mama baby sedang cuba mengetest. wakakakaka. seronok la lepas nie masuk keje pakai benda nie. pastu mulalah orang panggil pon kau tak dengar hape pon ika. hahahahaha ! headset nie ada sekali dengan mic tapi mic tu ika tak try pon sebab tak tahu nak call sape pakai benda alah nie. lagipon ika tak rasa memerlukan lagi mic nie. so, abaikan je lah dia kat situ. doakan semoga benda alah nie bertahan lama dengan ika. hahaha ! :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com