Fridge Magnet from Istanbul

minggu lepas ika terlibat dengan Majlis Makan Malam Kelab Sukan dan Kebajikan pejabat ika keje nie. majlis nie dihadiri oleh pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat, ex pegawai, pegawai yang dah berpencen pon hadooo termasuklah ex pengarah ika. apa yang nak ceritakan kat sini, betapa ika terharuuuu sangat bila jumpa ex pengarah ika nie.

walaupun dia dah berpencen dah setahun lebih, dia masih ingat pada ika yang sangat sukakan keychain dan fridge magnet. ruang keje ika di pejabat ika nie adalah laluan pengarah untuk ke bilik diorang. so, apa yang ika dok buat dalam bilik, biasanya memang pengarah akan nampak. dulu ika suka gantung keychain kat ruang meja ika. memang bergayut sakan la keychain kat situ dengan bermacam-macam jenis. yang fridge magnet pulak ada yang ika bawak balik dan ada yang ika tampal kat ofis. wakakaka


nak dijadikan cerita, ika dengan officemate ika tengah tunggu makanan yang kitorang order sampai. tiba-tiba kami nampak la ex pengarah kami nie dengan family dia. so, takde apa-apa la kan melainkan senyum je lah. hikss. lagipon masa tu diorang baru nak check in bilik. lepas tu, ex pengarah ika nie turun dengan anak dia untuk ke masjid. tiba-tiba dia ke meja ika dan hulurkan FM kat atas tu untuk ika.


ex pengarah ika cakap yang dia ingat lagi dekat ika yang suka kumpul benda-benda nie. waaaaaa ! terharunya. sebelum dia pencen pon, dia pernah bagi ika keychain dan FM dari luar negara jugak. seriously ika sangat tak sangka yang dia masih ingat minat ika dan belikan ika FM nie. the best pengarah everrrr. dia sangat humble. susah nak tengok dia marah. kadang ika rasa dia macam ayah-ayah je. hehehe. walaupun tak lama khidmat dia di pejabat ika nie tapi terasa sangat bila dia dah pencen. pengarah yang sangat dekat di hati kami semua warga JAKOA Negeri Perak dan Kedah.

ika doakan Tuan Haji Abdul Wahid Akmal dimurahkan rezeki dan sentiasa dikurniakan tubuh badan yang sihat walafiat. terima kasih boss :)

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com