Creative Cartoon Covered Plastic Mug | Nile.com.my

barang kedua yang ika nak review. barang dari nile.com.my lagi. ika ada 4 barang yang ika beli di nile.com.my. so, ini barang yang kedua. barangnya ialah Creative Cartoon Covered Plastic Mug. sememangnya ika tak boleh tengok benda-benda comel yang ada kat nile.com.my. rasa nak beli semua. kahkahkah ! sekali tengok, dah berkenan kat mug comel nie.


mug nie ada 4 warna untuk dipilih. tapi masa ika beli, warna pink memang dah takde dalam senarai untuk dipilih. yang ada hanya warna BLUE, GREEN dan PURPLE. korang boleh tengok barang nie kat sini : http://www.nile.com.my/products/22601. mug nie ika beli dengan harga RM5.10 sahaja. saiz dia sedang-sedang. tak besar sangat dan tak kecik sangat.




comel kan ? ika beli yang warna biru since warna pink dah takde. so terpaksa la pilih warna biru. mug nie pon sebenarnya ika letak kat ofis sebab buat ape nak bawak balik rumah. kat rumah dah banyak mug. ehhh. lagipon kat ofis, ika takde lagi mug. so, letak je lah kat ofis. kang nanti senang kalau nak minum air ke hape. banyak lagi barang-barang yang comel kat nile.com.my. boleh la korang cuba tengok.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com