Bercuti Bersama Keluarga di Bukit Merah Laketown Resort | Waterpark

baru-baru nie, family kakak ika ada datang jalan-jalan ke rumah ika. kalau diikutkan, nie kiranya first time la dia datang ke rumah ika di Tambun. sebelum nie dia pernah datang masa ika dok di Chepor. nasib baik diorang datang time weekend. so, ika takde la kena amik cuti ke hape. hahahahaha !

plan kitorang nak pergi mandi manda kat Lost World of Tambun tapi disebabkan harga tiket masuk pon dah macam tak mampu, kahkahkah ! kami tukar la plan lain. lastnya kami ke Bukit Merah Laketown Resort. dari rumah ika nak ke Bukit Merah Laketown Resort nie dalam sejam lebih jugakla.

kami gerak awal pagi dari Tambun. sampai kat Bukit Merah Laketown Resort nie dalam pukul 9pagi. budak berdua tu dah tak sabar nak main air. dalam kete asyik dok tanya bila nak sampai. tak larat nak jawab dah aunty nie. hahahahaha




disebabkan kami nie sampai awal sangat, orang pon takde sangat. kikikiki. waterpark tu pukul 10 pagi baru boleh masuk. pukul 9pagi, kami beli tiket siap-siap. masa ika beli tiket tu, dapat harga 28 untuk orang dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak. murah la bagi ika. dalam sejam jugak la kami dok berlegar-legar dalam kawasan tu sementara tunggu pukul 10pagi.






tepat jam 10pagi, kami terus masuk dalam waterpark tu. hahahahaha ! cari tempat berteduh yang sesuai sementara takdak orang. seperti biasa la, aunty nie la yang kena jaga budak berdua nie. dah la dua-dua nie boleh tahan lasak. main air takmau berhenti kejap. ajak makan pon, dia ajak kita main air. aduuuuu. nasib la aunty nie tak sarat lagi. kalau tak, idok la aunty nak teman kamu main air.




ika punya anak saudara yang pompuan nie, Amani, memang lasak. dia tak takut langsung ohoii. diajaknya kita naik gelongsor air nie. memang tak la aunty nak naik. terberanak aunty dalam tu nanti. hahahahaha ! terus la ika mintak suami ika yang temankan dia dengan adik dia main gelongsor. bukan sekali je dia nak naik gelongsor nie, banyak kali. aduuuuu.


nie turn papa diorang sendiri pulak yang temankan budak berdua tu main gelongsor air. suami ika tukang sambut dengan mama diorang. hahahahaha ! tapi si kakak tu peduli ape. bukan dia takut pon. kita je yang beriya takut dia lemas ke hape ke. dia steady je. kikikiki




last but not least, gambar makyong dan pakyong. ehhh. sementara perut belum membesar nie, bolehla nak main air, nak berenang, nak kuak lentang ke hape. bila perut dah membesar, dok je la tepi. hahahahaha ! kami masuk pukul 10pagi. dalam pkul 3petang baru kami keluar. itupun jenuh nak cakap kat anak saudara ika tu. diorang nak main air lagi. hahahahahaha ! sampai biruuuu haa dok main air. 

nanti plan lain pulak naik main air. tak puas ohoii main air kat waterpark. boleh dah start simpan duit untuk ke Lost World pulak. tiket pon dah RM60. belum lagi nak main dan makan dalam tu. memang kena plan awal-awal. heeeee. Inshaallah ade rezeki ke Lost World pulak. pape pon memang seronok main air di Bukit Merah Laketown Resort ;)

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com