Baby Girl Diaper Cake | Aufa Raudhah Collection

ika nak review satu lagi online shop untuk korang. manalah tahu kot korang pon berkenan nanti. so, bulan November yang lepas, dua orang BFF ika dah pon selamat bersalin. dua-dua dapat baby girl. sorang bersalin di Kelantan dan sorang lagi di Johor. tahniahhhhh Basya dan Didie. tunggu turn ika pulak tauuu. hahahaha !

nama baby Basya ialah Hana Aisyah dan baby Didie pulak namanya Iman Medina. dua-dua pon comel dan shantekkk sangat nama. buat masa sekarang ika belum berkesempatan untuk jumpa dua-dua budak comel nie. bila dapat jumpa pon ika tak pasti. hehehe. ika just nak share dengan korang kat mana ika beli hadiah untuk dua-dua budak comel nie.

ika dengan bff ika sorang lagi, Aien decide untuk tempah je diaper cake di Aufa Raudhah Collection. korang boleh tengok kat Instagram diorang : https://www.instagram.com/aufaraudhahcollection dan facebook diorang : https://www.facebook.com/aufaraudhahcollection. ika dengan bff ika tempah dua Baby Girl Diaper Cake. satu untuk Hana dan satu untuk Iman.

credit gambar : Aufa Raudhah Collection

credit gambar : Aufa Raudhah Collection

kat atas nie gambar diaper cake yang ika tempah. kat dalam nie ada 8 pampers, 1 romper, 1 bib, 1 3D sock dan 1 cartoon cup. servis memang sangat memuaskan hati ika. yang penting bila dah siap, puas hati.

credit gambar : Aufa Raudhah Collection

credit gambar : Aufa Raudhah Collection

disebabkan ika dengan aien memang tak berkesempatan lagi untuk jumpa dua-dua budak comel tu, so, servis dari Aufa Raudhah Collection nie lah yang kitorang guna. diorang akan poskan hadiah kitorang nie dalam kotak macam dalam gambar kat atas nie. siap sekali dengan kad ucapan. heeeee. itu yang menarik.

kalau korang berminat untuk tempah, boleh la whatsapp ke 013-3026212. Diaper Cake nie ada yang custom made dan ada jugak readymade. diorang ada jugak buat delivery di seluruh Lembah Klang dan COD di sekitar Bukit Jalil. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. berminat ? :)

si rambut lebat, Iman :)

si suka senyum, Hana :)

dua-dua budak comel nie dah dapat hadiah masing-masing. Inshaallah ada rezeki nanti kita jumpa ye sayang. tunggu aunty tau. manalah tahu kot ada rezeki kita jumpa. boleh aunty peluk cium Iman dan Hana. heeeeee. aunty doakan Hana dan Iman membesar dengan sihat.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com