Tips Percutian ke Bangkok

anda suka bercuti ? di sini ika ada sedikit tips percutian ke Bangkok untuk dikongsikan bersama anda semua . lepas dah baca tips nie, bolehlah anda mula merancang percutian anda ke Bangkok .


Sering dibandingkan dengan Singapura dan Hong Kong, Bangkok merupakan ibu negara dan juga bandar terbesar di negera Thai. Terletak di tebing barat Sungai Chao Praya, ia bersempadan dengan enam wilayah termasuk Nonthaburi, Pathum Thani, Chachoengsao, Samut Prakan, Samut Sakhon dan Nakhon Pathom. Bangkok telah disenaraikan sebagai salah satu daripada bandar-bandar dengan pertumbuhan ekonomi yang paling pesat di Asia Tenggara. Sebagai bukti, bandar ini diiktiraf sebagai sebuah bandar yang telah membina sejumlah besar bangunan pencakar langit dalam tempoh yang singkat. Pembangunan yang pesat ini telah menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan dalam jumlah pelancong yang datang melancong ke bandar ini dari serata pelusuk dunia. Tidak hairanlah jika ramai pengunjung beranggapan bahawa begitu mudah untuk mencari Bangkok hotel apabila sudah sampai di  sana, tidak seperti bandar-bandar pelancongan yang lain. Bagi uolls yang belum pernah sampai ke sini, saya percaya post kali ini akan membantu anda untuk merancang percutian dengan lebih bersedia dan bijak. Selamat membaca ☺
First thing first, uolss boleh search flight ticket dan famous Bangkok hotel kat Traveloka.com. For your information, terdapat berbagai-bagai cara untuk sampai ke bandar ini. Dengan pesawat, penerbangan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (BKK) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK). Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi terletak 25 km dari pusat bandar Bangkok manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang terletak 30 km dari pusat bandar Bangkok. Perjalanan darat ke Bangkok boleh bermula dari Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Terdapat beberapa bas ke Hadyai, sempadan antara Malaysia dan Selatan Thailand. Selepas tiba di Stesen Bas Hadyai, ambil bas ekspress ke Bangkok. Atau, uolls boleh menaiki kereta api dari Kuala Lumpur. Terdapat kereta api dari KL Sentral ke Hua Lamphong Station di Bangkok, dengan satu hentian di Hadyai. Melalui jalan laut, Superstar Libra, pelayaran mewah 10 tingkat, menawarkan laluan dari Swettenham Pier Cruise terminal di Pulau Pinang ke Phuket. Dari Phuket, perjalanan ke bandaraya Bangkok boleh diteruskan dengan bas antara bandar.
Untuk meneruskan penjelajahan uolls dalam bandaraya kosmopolitan ini pula, uolls boleh menggunakan kemudahan jaringan pengangkutan awam yang sangat efisyen dan sofistikated seperti BTS (Bangkok Mass Transit System), MRT (Metropolitan Rapid Transit), teksi, tuktuk, bas, teksi motosikal dan Chao Phraya express boat. Apart from that, kebanyakan pusat-pusat membeli belah terkenal dan hotels in Bangkok juga berada dalam kawasan yang dilengkapi dengan kemudahan dan fasiliti pengangkutan awam. Jadi, akses ke mana sajaha menjadi sangat mudah. Dengan menaiki public transport juga, uolls boleh jimatkan kos dan masa sebab kebarangkalian untuk stuck dalam traffic jam sangatlah kurang.  
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sini seperti Madame Tussauds Musuem, Chatuchak Weekend Market, Grand Palace, Wat Arun, Wat Pho dan lain-lain lagi. Selain tu, bandar ini juga dikenali sebagai syurga membeli-belah sebab terdapat banyak giant shopping mall selain pasar-pasar yang menjual pelbagai jenis barangan. Negera ini sangat terkenal dengan kehebatan juadahnya yang mampu memukau sesiapa saja. Bagi uolls yang kaki makan, jadikan percutian ke sini sebagai benchmark untuk uolss menikmati pengalaman kulinari yang sangat hebat. Selain tu, korang juga boleh dapatkan khidmat padicure, manicure, urut tapak kaki dan badan serta salon rambut di mana-mana sahaja di dalam bandar ini dengan harga yang sangat murah. Ni la yang bestnya tempat ni. Bagi uolss yang nak melawat ke kuil-kuil, sila pastikan korang pakai pakaian yang sopan. Baju sleeveless dan seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali. Oleh kerana terdapat banyak makanan dan minuman yang tidak halal di Bangkok, sila lihat maklumat yang sebelum makan. Jika uolss seorang backpacker, uolss boleh cari Bangkok city hotel dan penginapan bajet di Khao San Road. Akhir sekali, it would be very helpful kalau uolss boleh bertutur dalam bahasa Thai, especially semasa dalam public transport dan tawar-menawar semasa membeli-belah. I rasa itu je yang I boleh share buat masa ni. Selamat bercuti bagi oulls yang dah siap plan dan selamat merancang percutian bagi uolls yang masih dalam planning.
bagi memudahkan lagi perjalanan percutian anda, anda bolehlah melayari laman web Traveloka.com untuk mencari tiket penerbangan dan hotel di Bangkok . Traveloka menawarkan harga yang berpatutan untuk anda merancang percutian . selamat bercuti dan have fun ! btw, ika suka tengok iklan traveloka nie di tv ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com