Pregnant ! | Minggu 5 - Minggu 6

sambungan dari kisah mengandung .


Minggu 5

Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah mata, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.

Tubuh Anda
Haid anda tidang datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.

entry lepas, pada minggu ke 4 ika ada tulis yang ika demam teruk. dah masuk minggu kedua ika demam teruk, ika mengalah . terus ajak suami ika pegi klinik petang Isnin, 24 Oktober 2016. sebab masa tu memang batuk kaw-kaw dengan asthma pon makin teruk . penat sangat dah rasa macam tu . dah masuk minggu kedua demam pon tak kebas lagi.

masuk je bilik doktor, terus doktor cakap ika mengandung. ika cakap la tak sebab period ika memang tak teratur . masa tu dah 3 bulan dah tak period. sebab tu dengan konfidennya cakap kat doktor tu yang ika tak mengandung. doktor tu baik je orangnye. heeee. tapi doktor nak scan je perut nie haaa sebab kot la kan betul-betul pregnant pulak. kalau pregnant, mana boleh makan ubat suka-suka hati.

doktor scan tapi tak nampak ape cuma doktor cakap dinding rahim tebal yang mana ika tak tahu pon ape maksudnya. hahahahaha ! pastu doktor bagi la ubat tapi doktor dah siap pesan sebelum makan ubat, buat urine test dulu. balik je rumah, ika terus makan ubat tu tanpa buat urine test. sebabnya masa tu memang tak larat sangat dah dan ika perlukan ubat sangat dah masa tu.

Alhamdulillah, ika dapat cuti sakit esoknya tu . so, melepet la kat rumah. badan ika rasa lenguh sangat-sangat-sangat sampai rasa malasnya nak bangun . rasa nak tido je kejenya. lepas makan ubat, lagi teruk jadinya. 2,3 hari jugaklah melepet tak boleh buat keje ape. Khamis, 27 Oktober 2016, ika tergerak hatilah nak buat urine test sebab nak confirmkan diri sendiri nie. kahkahkah ! bangun je pagi tu terus la buat urine test tu. punyalah terkejut tengok ade dua line. dari dapur, ika panggil suami . hahahahaha ! dengan dia sekali tak percaya.

petang tu kitorang sekali lagi pegi klinik yang sama. doktor scan still tak nampak jugak. doktor cakap maybe dalam 5 weeks camtulah sebab tu tak nampak lagi. heeeee. so, terus stop makan ubat tu. doktor bagi folic acid pulak ;)


Minggu 6

Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Tubuh Anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

minggu ke 6 nie ika takde ape sangat nak diceritakan melainkan ika takde morning sickness setakat nie melainkan ika hanya batuk. batuk ika nie sampai minggu 9 pon tak hilang lagi. dah pantang ais, dah pantang minyak, tak hilang jugak. ada yang cakap itu alahan ika. batuk kali nie memang beriya sungguh. kadang tu sampai muntah-muntah. selera kat nasik pon dah hilang. hahahahaha ! boleh kurus la camni :P

4 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah... Take care..

    ReplyDelete
  2. tahniah.. mesti si suami seronok.. smoga sihat membesar..

    ReplyDelete
  3. Xleh kurus kena makan untuk baby

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com