Pregnant ! | Minggu 1 - Minggu 4

Alhamdulillah . kali nie ika nak share pengalaman ika mengandung buat pertama kali nya . sekarang nie ika di minggu ke 10 . dah dua bulan lebih la kiranya . selalunya ika dok tengok kawan-kawan ika dok post kt facebook diorang pasal mengandung dan artikel-artikel berkaitan mengandung nie . sedih jugakla masa tu tapi kena kuatkan semangat dan doa banyak-banyak, Inshaallah satu hari nanti ika akan merasa jugak . Alhamdulillah ada jugak rezeki ika dan suami .

ika dan suami kahwin tahun lepas, 28 November 2015 . dah setahun kahwin, baru kami dapat merasa berita gembira nie . Alhamdulillah . kat bawah nie ika terjumpa di facebook, so meh la ika share sikit perkembangan baby dan ibu selama 9 bulan . kali nie ika share untuk bulan pertama dulu ;)


Minggu 1

Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.


Minggu 2

Bayi anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke 12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.


Minggu 3

Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.


Minggu 4

Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).

masa minggu ke 4 nie ika dah mula demam, batuk dan asthma . masa kena nie ika ingatkan demam biasa je lah kan . sebab dah penat sangat masa tu . tapi bila sekali asthma pon kena, memang teruk jugaklah . malam langsung tak boleh nak tido . tak boleh nak bernafas tapi ika nie degil boleh tahan jugak . seminggu nie memang takde perasaan nak pegi klinik sebab dok fikir, "alaa...nanti ok la tu esok lusa" . heee . tapi takde kesudahannya jugak . masa nie memang tak tahu pon mengandung . bila ika tahu ? tunggu next entry pulak . kalau rajin . hahahahahaha !

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com