Happy 1st Anniversary !


Alhamdulillah . hari nie, 28 November 2016, maka genaplah setahun ika dan suami berkahwin . Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! . berjaya mengharungi liku-liku kehidupan berumah tangga . apa yang ika lalui sepanjang setahun nie ? heeeee . seriously kehidupan ika lepas berumah tangga berubah . banyak yang berubah .


kami kahwin Nov 2015, Dis 2015 masing-masing dah mula bekerja . ika di Ipoh, suami di Gombak . sempatlah kami merasa apa itu PJJ . hahahahahaha ! then, lepas raya dlm bulan Julai 2016, suami ika dapat kerja baru di Ipoh . Alhamdulillah dah dapat balik dok dengan ika . hehehehe . tapi sayangnya suami ika kena training di Puchong pulak . Sept 2016 barulah suami betul-betul pindah balik dok Ipoh dengan ika . Alhamdulillah . syukur sangat .

bila suami dah balik dok Ipoh, maka berubahlah kehidupan seharian ika . sebelum nie, ika masak untuk ika sorang je, so, sekarang dah kena masak untuk berdua setiap hari . suami ika nie pulak jenis tak suka makan kat luar . kadang tu, kami makan je kat luar tapi lepas tu mulalah dia komplen makanan tu tak sedap la itu la ini la . hahahaha . padahal ika makan elok je rasa :P kitorang suami isteri, pegi keje bawak bekal . ika masak siap-siap malam tu . bangun pagi just panaskan makanan tu dan isi dalam bekas . heeee . rasa macam lebih jimat bila bawak bekal sendiri .

banyak perubahan dah berlaku dalam kehidupan ika lepas dah kahwin nie . seronok rasanya . semoga usia perkahwinan kami nie berkekalan hingga ke akhir hayat . terima kasih wahai suamiku, Encik Baharudin ^^ hadiah ? hadiah otw . tahun depan dia keluar . hahahahaha !

4 comments:

  1. Happy anniversary ika. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dgn dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah.

    ReplyDelete
  2. ika peknen ke? klu betul tekaan akak, tahniah tau...jaga diri ;)

    ReplyDelete
  3. tahniah...happy anniversary ika...semoga bahagia hingga ke syurga...aminnnn

    ReplyDelete
  4. tahniah ika... semoga dipermudahkan

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com