Resipi Tomyam Ayam

hari nie nak share resipi lagi . kikiki . resipi paling senang jugak nie . dan resipi kesukaan ika . ika suka makan tomyam ayam nie dengan nasi panas-panas dalam mangkuk . ye . dalam mangkuk . bukan dalam pinggan . wakakaka . tak senonoh . hahahaha ! so, meh la ika share resipi tomyam ayam nie .


Bahan-Bahan

  • 500gm ayam (dipotong kecil)
  • 100gm bunga kubis
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • Air perahan limau nipis
  • 1 batang lobak merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • Air
  • Garam


Cara-Cara

  • Masukkan ayam, lobak merah, bawang besar, serai, bawang putih, pes tomyam ke dalam periuk .
  • Masak sehingga lembut .
  • Masukkan bunga kubis dan tomato .
  • Biarkan mendidih dan masukkan air limau nipis .
  • Sedia dihidangkan .


credit resipi : Chef Hanieliza ^^

senang je kan ? boleh la masak untuk makan malam . selamat mencuba korang semua . kikiki

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com