Resipi Singgang Ikan

hari nie nak share resipi paling senang untuk korang . makanan kesukaan ika pada masa kecik . bila mama masak nie, perghh seronoknya bukan main lagi . kami masa kecik-kecik dulu suka makan dengan buh kicap sikit kat nasik . pastu makan panas-panas . suka letak kuah banyak-banyak . hahahaha ! melelh air liur ohoiii . meh la ika share resipi singgang ikan .


Bahan-Bahan

  • 3 ketul ikan (tak kisah la ikan ape yang korang suka :P)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 inci lengkuas (dihiris nipis)
  • 1 inci kunyit hidup (dihiris nipis)
  • 5 keping asam gelugur
  • 4 cawan air
  • Garam
  • 7 biji cili api


Cara-Cara

  • Ikan dipotong dua dan dibersihkan .
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk .
  • Masak sehingga mendidih .
  • Sedia dihidangkan .


senang kan ? senang dan sedap . femes kat belah-belah pantai timur kalau tak silap ika . masa kecik mama selalu buat . bila dah besar, buat je lah sendiri . senang saja . bagi ika semua orang pandai masak cuma nak atau tak sahaja . yang tak pandai masak, belajar la masak yang simple-simple dulu macam ika . ika banyak belajar masak pakai buku resipi Chef Hanieliza . senang ;)

credit resipi : Chef Hanieliza ^^

2 comments:

  1. setuju! klau xteror msak, ikut je resipi chef hanieliza, confirm org ckp kita teror msak..hihi..

    ReplyDelete
  2. Dah lama xmakan singgang, terliur lah plak. Mmg feberet jgk ni...letak nasi panas dlm mangkuk, letak kuah banjir. Perghhh...sedap!!!

    Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com. Done follow (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed
    ***Bloglist Nov~Dis 2016 by Yana Pink Blossom***

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com