Resipi Ayam Padprik

ini entah resipi ke berape pon ika tak tahu dah . asyik dok update resipi je . tapi nie bukan blog masak-masak tau . nie tetap personal blog . cuma update benda yang ika buat . kenangan . nanti boleh la ika buat rujukan lepas nie kalau nak masak lagi .


Bahan-Bahan

  • Isi ayam
  • 1/2 batang lobak merah
  • kubi bunga
  • 1 labu bawang besar
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Air perahan limau kasturi
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1/2 cawan air
  • Minyak masak


Cara-Cara

  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili api dan serai sehingga wangi .
  • Masukkan isi ayam dan kacau rata .
  • Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan sos tiram .
  • Biarkan mendidih .
  • Masukkan air dan kubis bunga .
  • Apabila mendidih, masukkan air perahan limau kasturi .
  • Sedia dihidangkan . 


credit resipi : Chef Hanieliza ^^

yang nie ika ade kurangkan sos tomato dan sos tiram sebab suami ika tak suka masam sangat . so, korang buatlah ika selera korang . yang nie pon senang je nak buat . bahan dia pon bahan basic yang memang sentiasa ade kat rumah . tapi dalam resipi Chef, dia masukkan daun limau purut . ika tak masukkan sebab masa tu takdak daun tu . hehehehe . 

2 comments:

  1. kena pandai bubuh sos dia dengan betul..macam nad haritu terlebih sikit rasa dah lain..hahaa

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com