TGV Cinemas AEON Klebang, Ipoh

baru-baru nie ika ngikut kawan blogger, Yui ke event yang dianjurkan oleh pihak TGV Cinemas AEON Klebang . AEON Klebang nie baru je bukak kat Ipoh nie . baru tak baru jugak lah dalam beberapa bulan dah bukak dan TGV Cinemas dalam AEON Klebang nie pon baru je memulakan operasi mereka . 

tujuan event nie adalah untuk memperkenalkan keunikan dan keistimewaan TGV Cinemas di AEON Klebang nie . apa yang istimewanya ? di TGV Cinemas AEON Klebang nie, diorang provide panggung wayang yang 'Family Friendly' dan jugak diorang memperkenalkan hall baru iaitu Beanie Hall . 



Family Friendly Hall

Family Friendly Hall nie sesuai untuk ibu bapa yang nak bawak anak-anak menonton wayang . antara keistimewaan Family Friendly Hall ini adalah ibu bapa bebas membiarkan anak-anak mereka untuk berlari ataupun buat apa sahaja yang anak-anak mereka suka tetapi haruslah dalam kawalan dan tanggungjawab mereka sendiri . tandas jugak dekat dengan Family Friendly Hall nie . makanya, ibu bapa tak perlu nak berlari-lari untuk bawak anak mereka ke tandas . 



disamping itu, ada jugak tempat untuk ibu bapa menukar lampin anak-anak . so, no worry hokey ?


Beanie Hall

meh ika kenalkan pulak korang dengan Beanie Hall . sekali dengar sebutannya 'Bini' . hahahaha ! sebab tu korang kena bawak bini korang datang tengok wayang kat sini . jom tengok ape yang istimewanya Beanie Hall nie .





seperti mana yang korang tengok dalam gambar di atas nie, Beanie Hall nie menyediakan seat yang sangat selesa untuk korang . dah macam sofa kat rumah . selesa dan santai sambil tengok wayang . Beanie Hall nie ada 15 sofa . sofa ke ? sofa je lah dalam bahasa mudahnya ye . satu tu boleh la muat untuk 2 orang dan kanak-kanak dibawah 120cm . kalau ramai sangat nanti takut korang tak selesa pulak . harga untuk satu sofa tu ialah RM50 .

itu sahaja lah yang ika dapat kongsikan dengan korang . first time join event . agak ralat rasanya . hehehe . terima kasih Yui sebab sudi bawak ika p event . terima kasih Kak Haida sebab suggestkan ika pada Yui . terima kasih sangat ! hiksss


seronok jugakla dapat pegi event walaupun ika nie memang pemalu tahap ape dah . jenis susah nak buat kawan . nak berkawan tapi malu . nak bercakap tapi malu . waaaaa . susahh rasanya . harapnya lepas nie dah tak tahu malu . ehhh :P

2 comments:

  1. best tu..tapi kalau selesa sangat takut tertido plak.haha

    ReplyDelete
  2. Best nya hall yang ada beanie, kalau movie tengok cam tak best je boleh la tido terus kt situ. hahah - adarain.com

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com