Siput Beliung

cuti hari raya korban yang lepas, ika balik ke kampung suami di Semanggol . tak balik raya Kelantan pon tahun nie . cuti dah kritikal, so beraya rumah mak mertua je lah . raya jugak kan . heeee . sehari sebelum raya tu, ika tengok mak mertua ika dok ketuk benda nie . disebabkan tak pernah tengok benda nie, jadi teruja . hahahaha ! nama benda nie ialah Siput Beliung .


siput nie keras sangat-sangat . mak mertua ika siap ketuk pakai tukul . gambar kat bawah nie hasilnya sebelum mak mertua ika cuci . mula-mula tengok tu macam menakutkan nak makan . siap tanya boleh makan ke siput nie . hahahahaha . pastu siap google haaa cari siput beliung nie ape . takut sangat ang nie ika ;)



dan gambar atas nie yang dah siap dicuci dan dipotong kecil-kecil . mak mertua ika masak rendang . ika pon try la jugak makan . bila lagi kan nak makan siput beliung nie . agak kenyal . tapi boleh la nak telan . heeeee . biasanya kan si pukpuk susah nak terima benda-benda baru nie . tapi siput nie boleh pulak dia telan :P

2 comments:

  1. First time dgr siput beliungšŸ˜Š

    ReplyDelete
  2. bila dh siap2 potong tu nmpk mcm isi kerang plak..
    1st time tgok siput ni.. bse mkn siput sedut je.. hihi

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com