Resipi Udang Kasturi

hari nie nak share resipi untuk makanan laut pulak . kali nie ika try masak udang . resipi dari Chef Hanieliza jugak . hehehehe . betapa seronoknya belajar masak pakai buku resipi Chef Hanieliza . so, meh la ika share sikit resipi udang kasturi yang ika dah try buat .


Bahan-Bahan

  • Udang
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • Air perahan limau kasturi
  • Garam
  • 5 biji cili api (ditumbuk)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 2 sudu besar minyak masak


Cara-Cara

  • Panaskan minyak
  • Tumis serai, cili api dan cili merah  sehingga wangi .
  • Masukkan udang, bawang besar dan garam .
  • Kacau sehingga rata .
  • Tuangkan air limau kasturi .
  • Kacau sehingga rata .
  • Sedia dihidangkan .


ika pakai air perahan limau kasturi . ika beli air perahan yang dah siap . kalau dalam buku, Chef pakai 5 biji limau kasturi . ika haritu ika main agak-agak je . janji cukup rasa .first time masak udang kasturi nie . rupa agak huru hara tapi sedap . *puji diri sendiri . hahahaha !

credit resipi : Chef Hanieliza ^^

1 comment:

  1. wah...nampak mudah sangat ni..akak nak cuba jugak la...

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com