Resipi Telur Kukus

resipi lagik . hehehe . hari nie ika nak share resipi untuk telur pulak . selain daripada goreng ataupon rebus, ika try buat yang lain pulak . ika try buat telur kukus . so, meh la ika share resipi telur kukus .


Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • udang (dibuang kulit)
  • Garam


Cara-Cara

  • Gaulkan semua bahan ke dalam loyang dan kacau rata .
  • Masukkan ke dalam pengukus .
  • Kukus selama 20 minit .
  • Sedia dihidangkan .


credit resipi : Chef Hanieliza ^^

first time buat telur kukus nie . ya ampunnnn sedapnyeee alahai . hahahaha ! yang ika punya tu nampak tak menarik pon kan sebab ika takde masukkan daun bawang dan daun sup . kalau korang ikut resipi Chef Hanieliza, dia masukkan daun bawang dan daun sup . ika punye malas nak p beli . hehehehe . so, pakai je lah ape yang ada kat rumah tu ;)

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com