Resipi Rendang Ayam

resipi rendang ayam untuk entry kali nie . first time buat rendang ohoii . redah je lah . tawakal saje masa tengah masak tu . masak untuk suami . kena yakin boleh buat . hahahaha !


Bahan-Bahan

  • Isi ayam
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (dikoyak halus)
  • Garam
  • 3 labung bawang besar (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 batang serai (dikisar)
  • 3 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 7 biji cili api (dikisar)


Cara-Cara

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali .
  • Kacau sehingga sebati .
  • Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya sebati dan pekat .
  • Sedia dihidangkan .
credit resipi : Chef Hanieliza ^^

suami cakap ada rasa rendang cuma pedas . hahaha ! ika dah kurangkan cili tapi pedas jugak lagi . takpe la . nnt cuba lagi . tapi kira ok la sebab menjadi jugak buat rendang untuk pertama kalinya . ingatkan hancur terus dan ke tong sampah tapi dapat jugak makan . Alhamdulillah ;)

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com