Resipi Muffin Jagung

nak share resipi muffin jagung pulak hari nie . kemain gigih nak buat yang nie . pegi kedai 2ringgit beli cupcake punya bekas tu . jadilah kan daripada takdak . saja lah try buat sebab dah banyak kali nak buat tapi asyik tak terbuat . takut sangat nak buat sebab takut tak menjadi . buat maluuu ja . hahahaha !


Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan jagung krim (tin)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 biji telur


Cara-Cara

  • Ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dengan garam .
  • Masukkan jagung krim, minyak masak dan telur ke dalam bahan tadi .
  • Kemudian, masukkan ke dalam loyang .
  • Panaskan air kukusan sehingga mendidih .
  • Kukus selama 25-30 minit dengan api yang besar .
  • Sedia dihidangkan .

credit resipi : Chef Hanieliza ^^

first time . walaupun nampak buruk tapi tetap ada rasa . jadilah buat 7 ketul dulu . lepas nie cuba buat lagi . hehehe . tengok orang lain buat macam senang je . bile sendiri buat, perghhh rasa macam susah nya . padahal bahan-bahan tu simple je . mula tu nak pakai jagung ketul tu tapi dah termakan sampai habis . kuikuikui . makanya, beli je lah jagung dalam tin .

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com