Resipi Kubis Goreng

nak share resipi lagi . kali nie resipi simple sahaja . resipi kubis goreng . sedap dimakan, diratah begitu sahaja . ewahhhh . disebabkan ika nie memilih bab makan sayur, so ika pilih resipi yang mana ika boleh terima je lah . bukan semua sayur ika makan . kikikiki .


Bahan
  • 500gm kubis
  • 1 batang lobak merah
  • 100gm udang 
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Garam


Cara-Cara
  • Kubis dan lobak merah dipotong kecil dan dicuci bersih.
  • Kemudian tuskan.
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  • Masukkan udang, kubis dan lobak merah.
  • Kacau rata.
  • Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
  • Sedia dihidangkan.


kubis tu ika goreng sampai betul-betul layu sebab ika nie kalau tak berape layu, ika taknak makan . hahahahaha ! kubis goreng nie ika makan sikit ja dengan nasik panas . perghhh . yang selebihnya tu ika ratah macam tu je sambil tengok tv . ika masak sikit je sebab ika sorang ja makan . suami masa tu takdak kay Ipoh lagi .

credit resipi : Chef Hanieliza ^^

2 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com