Resipi Ikan Kukus Air Asam

resipi lagik . untuk hari nie ika nak share resipi ikan kukus air asam . resipi nie ika jumpa kat fb . so, balik rumah haritu, check barang dapur . Alhamdulillah semua cukup . so, apa lagi ika pon try je lah masak ikan kukus air asam nie . 



Bahan-Bahan

  • 3 ekor ikan (tak kisah ikan ape yang korang suka)
  • Garam
  • Asam Jawa
  • Air
  • 1 biji bawang besar (didadu)
  • 3 biji cili api
  • Belacan
  • 1 biji tomato


Cara-Cara

  • Lumurkan garam pada ikan dan kukus sampai ikan tu masak.
  • Sementara nak tunggu ikan masak, buat air asam . 
  • Campurkan bahan-bahan iaitu air asam jawa, bawang besar yang telah didadu, cili api yang telah dipotong, sedikit air, tomato dan belacan . (kalau taknak masukkan belacan pon takpe)
  • Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi.
  • Setelah ikan yang dikukus tadi dah masak, curahkan air asam ke atas ikan tu .
  • Sedia dihidangkan .


nie first time ika buat . so, kalau ada cacat cela tu, tutup mata sajalah . beginner . hahahaha ! so, ika buat je lah yang mana resipi senang tu . janji nak belajar masak dan perut pon kenyang . nanti lepas nie ada banyak lagi resipi yang ika nak kongsi dengan korang . Inshaallah akan diupdate lagi . tataaaa


No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com