Resipi Ayam Masam Manis

hari nie nak share satu resipi yang ika masak . ika tak pandai masak tapi ika suka masak dan suka cuba resipi yang ika belum pernah cuba masak lagi . so, untuk hari nie, ika nak share dengan korang Resipi Ayam Masam Manis . resipi nie daripada buku 1 Hari 1 Resipi by Chef Hanieliza . tapi yang nie versi ika punya . kikikiki


Bahan A
  • 500gm isi ayam (dipotong kecil)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • Lobak merah
  • 3 ketul baby corn (ketiak jagung)
  • Minyak masak (untuk goreng ayam)


Bahan B (Dikisar)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia


Cara-Cara
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak (jangan terlalu garing).
  • Angkat ayam dan ketepikan untuk sementara.
  • Guna minyak yang sama tapi sedikit sahaja untuk menumis.
  • Panaskan minyak dan tumis Bahan B sehingga wangi.
  • Masukkan air, sos tomato, sos cili dan gula.
  • Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan ayam dan tomato.
  • Biarkan sebentar.
  • Sedia untuk dihidangkan.


korang boleh masukkan cili merah dan cili hijau jugak tapi haritu ika tak masukkan sebab masa tu takdak cili . kehabisan . so, masak pakai barang yang mana ada sahaja . untuk hiasan, Chef Hanieliza masukkan kacang pis . ika tak masukkan pon sebab ika tak suka kacang pis . hahahahaha ! so, ika buat mana yang ada sahaja . hokey ? selamat mencubaaaaaa :P

credit resipi : Chef Hanieliza ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com