Resipi Ayam Halia

semenjak dua menjak nie, entry blog dipenuhi dengan resipi . hahaha ! maka bertabahlah korang semua yang membaca . sejak dah jadi bini orang nie, dah datang mood nak belajar masak . so, apa yang ade depan mata, semua nak cuba . kali nie ika nak share resipi ayam halia pulak . resipi nie dari Chef Hanieliza jugak .


Bahan-Bahan

  • 500gm isi ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam
  • 1 biji tomato
  • 3 inci halia (dihiris)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)


Cara-Cara

  • Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah dan bawang putih sehingga layu .
  • Masukkan ayam dan kacau rata .
  • Kemudian masukkan sedikit air .
  • Masak ayam sehingga lembut .
  • Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa .
  • Biarkan sehingga pekat .
  • Masukkan tomato dan kacau rata .
  • Sedia dihidangkan .

yang ika punya nie macam tak meriah kan ? hahahaha . ika tak masukkan cili dan jugak daun bawang . tapi rasa tetap ada . kira ok la untuk pertama kali buat . nanti lepas nie boleh cuba lagi sekali . boleh la kalau korang nak cuba masak resipi nie pulak .

credit resipi : Chef Hanieliza ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com