Resipi Ayam Gajus

yihaaaaa . nak share resipi lagi . hiksss . hari nie ika nak share satu lagi resipi kat korang iaitu Resipi Ayam Gajus . yang nie first time ika buat . so, pasrah je lah masa nak masak tu sebab tak tahu menjadi ke tak .


Bahan A
  • 600gm isi ayam (didadu)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak masak


Bahan B
  • 100gm kacang gajus goreng
  • 3 tangkai cili kering (dipotong)
  • 2 labu bawang besar (didadu kasar)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar minyak masak


Cara-Cara
  • Gaulkan isi ayam dengan garam dan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
  • Angkat dan ketepikan sementara.
  • Goreng cili kering sehingga garing dan ketepikan jugak.
  • Tumis halia dan bawang putih sehingga garing dan masukkan bawang besar.
  • Masukkan isi ayam dah telah digoreng tadi, sos tiram, sos tomato, cili kering yang telah digoreng tadi dan sedikit air.
  • Biarkan kering dan tutup api.
  • Masukkan kacang gajus dan kacau rata.
  • Sedia dihidangkan.


ika punya tu kacang gajus ika terlebih goreng . wakakakaka ! macam biasa, korang kalau nak bagi nampak ceria sikit, korang tambah la capsicum dan jugak daun salad  . kat rumah ika memang takdak stok untuk capsicum dengan daun salad tu . so, cam gituuu je lah rupa hidangannya . hahaha . yang penting, sedap ditelan :P

credit resipi : Chef Hanieliza ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com