Resipi Asam Pedas

semalam resipi asam rebus, hari nie ika update entry asam pedas pulak . hahahaha ! disebabkan kat rumah sekarang ikan je yang ada, so, menu ikan je lah ye . hari nie ika share kat korang resipi asam pedas .


Bahan-Bahan

  • 4 ekor ikan
  • 5 biji bendi
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 cawan air
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Garam
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit


Cara-Cara

  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi .
  • Masukkan air asam jawa dan air .
  • Renehkan sehingga mendidih .
  • Masukkan ika, garam, daun kesum dan bendi .
  • Biarkan sehingga mendidih .
  • Masukkan tomato .
  • Perlahankan api dan biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut .
  • Sedia dihidangkan .

credit resipi : Chef Hanieliza ^^

asam pedas nie dah mula menjadi kesukaan ika . ika suka rasa dia tu . rasa daun kesum . hahahaha ! yang nie dah banyak kali ika buat . suami ika tak berapa suka asam pedas nie tapi isteri dia dah mula dok minat makan nie . ayokkk . lepas nie nak share resipi lain pulak . ade banyak lagi nie yang ika dah cuba buat . heeee

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com