Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan

entry kali nie ika nak share satu program yang ika join baru-baru nie sempena Hari Kemerdekaan iaitu Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan KKLW . dan seperti yang sedia maklum, jabatan ika keje nie dia bawah KKLW . so, pada 29 Ogos 2016 yang lepas, program nie telah dijalankan serentak di beberapa lokasi yang telah pun dipilih dan program nie melibatkan semua agensi di bawah KKLW . so, kami antara salah satu agensi di bawah KKLW iaitu JAKOA Negeri Perak dan Kedah haruslah turut serta  dengan program nie .


untuk Program Moh Ngeteh nie telah diadakan di Kampung Orang Asli Pos Raya, Simpang Pulai, Perak . kalau korang perasan, otw nak ke Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai, korang akan nampak banyak perkampungan orang asli di sepanjang jalan tu . Kampung Pos Raya nie adalah salah satu .

majlis pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan beberapa buah lagu sempena Hari Kemerdekaan . dah lama rasanya tak nyanyi lagu merdeka ramai-ramai macam nie . hehehe . macam seronok pulak . teringat masa kat sekolah dulu . hewwww






sambil makan, sambil tengok beberapa persembahan bertemakan Hari Kemerdekaan daripada penduduk kampung orang asli ;)






majlis pada hari tu berjalan dengan lancar . Alhamdulillah .

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com