Penangan EKSA di pejabat

bulan Ogos yang lepas, pejabat ika nie terlibat dengan Penilaian Anugerah Kualiti dan Inovasi KKLW . ofis ika nie wakil bagi JAKOA bagi Kategori Anugerah Kualiti Pengurusan Pejabat Negeri Terbaik . ika sebenarnya tak tahu pon ape benda nie . hahahaha ! tapi yang ika tahu, kami kena bersihkan dan hias ofis kami secantik dan sekemas yang boleh . dan semua benda haruslah dilabel . masa nie lah baru ika dengar 'EKSA' . kalau 5S tu ika dah pernah dengar dan tahu la sikit ape itu 5S . tapi EKSA nie memang ika tak tahu ape benda tu .

Apa itu EKSA ?

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Mampu telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) . Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam .

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan :
  • memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif.
  • meningkatkan imej korporat.
  • menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan.
  • menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau, dan
  • memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.
ini antara yang ika dapat di http://www.mampu.gov.my/ms/ekosistem-kondusif-sektor-awam-eksa . kalau korang nak tahu lagi banyak, boleh la ke laman web tu . kat sana lagi banyak info berkenaan EKSA nie . 

kitorang ada masa yang singkat untuk menyiapkan semua kriteria yang diperlukan . dan ika pulak ditugaskan sebagai Jawatankuasa Keceriaan walaupun dah tak berapa nak ceria sebab kerja nya banyak sangat-sangat-sangat yang nak kena buat . pulun nak siapkan sampai malam pon tersadai kat ofis lagi nak siapkan kerja .



kat atas nie adalah label yang kami buat . dan ika sebagai tukang buat label untuk satu ofis . maksudnya untuk semua orang . sampai ika sendiri pon pening . punyalah banyak label nak kena buat . ye lah semuanya nak kena sama . nak kena selaras . so, diorang hantar senarai tu pada ika, ika buat, ika print, ika laminate, ika potong . wahhhh semuanya ika . hahahahaha ! mula-mula tu ok lagi la sebab macam rasa, 'ok, i can do it' . tapi lastnya ika dah bertukar jadi macam singa . hahahahaha ! penat hoiiii :P

ok dah . meh la ika tunjuk sikit gambar dalam ofis ika nie sempena kami nak masuk bertanding nie . ewahhh . ofis kami nie ofis lama . pastu kami berkongsi bangunan . bukannya bangunan kami sendiri . so, kami buat mana yang mampu sajalah . gambar nie ihsan dari kawan-kawan ofis . kikikiki










bagi ika, terlalu banyak perubahan yang berlaku kat ofis nie . seriously perubahan yang bagus . satu benda yang ika rasa sangat puas hati . suasana baru . dah macam masuk pejabat baru . hahahahaha ! ofis nampak lagi kemas dan bersih . seronok pulak rasa . dan untuk pengetahun jugak, bila buat EKSA nie kat ofis, barulah kita akan jumpa banyak sebenarnya khazanah kita kat ofis yang dah berkurun lama . ye lah . nak kena kemas barang masing-masing . mana yang dah lama tu, dah boleh la masuk stor ataupun buang . dan kita pon akan rasa selesa dan tak rimas sebab barang ataupun dokumen kita lebih tersusun .

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com