Merdeka Diri, Merdeka Jiwa

entry nie bersempena ika ade masuk satu giveaway nie . kalau korang nak join, boleh la ke https://www.ahmadhasif.my/2016/09/giveaway-tunai-by-ahmadhasifmy.html . mana tahu kan kot ade rezeki korang ^^


so, meh la ika share sedikit apa itu keMERDEKAan bagi ika . masa sekolah dulu, selalu ade pertandingan yang berkaitan kemerdekaan nie . ika pernah la join pertandingan menulis esei sempena hari kemerdekaan . Alhamdulillah dapatla jugak tempat ketiga . sekarang skill menulis esei dah lama hilang . hahahaha !

maksud merdeka yang kita semua tahu ialah bebas dari penjajah . seperti yang kita semua sudah sedia maklum, pertama kalinya negara kita merdeka adalah pada tahun 1957 bersama Perdana Menteri Malaysia yang pertama ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman . masa tahun tu, ika sendiri pon belum lahir lagi .

maksud merdeka bagi diri ika sendiri pulak ialah ika sudah boleh berdikari . bebas melakukan apa yang ika nak . kalau sebelum nie, semua ika nak harapkan family yang tolong . tapi bila ika dah dapat kerja tetap di Ipoh, Perak, family tak dapat nak tolong hantar . diorang hanya mampu tolong apa yang patut sahaja . so, ika travel la sorang-sorang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur untuk lapor diri dan seterusnya ke Ipoh untuk lapor diri di tempat keje yang baru . masa tu tawakal saje lah . heeee . dan sekarang, dah masuk tahun ke 4 ika dok Ipoh . berjauhan dari family . sekarang dah kuat dan makin kuat .

jomlah sama-sama kita merdeka diri, merdekakan jiwa kita ^^

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com