last update entry tertunggak sebulan lamanya . majlis raya lagi . hahahahahaha ! kali nie Jamuan Hari Raya Bangunan Kerajaan Persekutuan Ipoh pulak . bangunan tempat kami keje . kat sini ada la beberapa lagi jabatan lain . untuk tahun nie, kami adalah tuan rumah . macam biasa, ika share gambar ihsan dari fb ofis ika . kalau nak tengok banyak lagi gambar, boleh tengok di FB JAKOA Negeri Perak dan Kedah ^^
team kuning :)
sebelum start makan-makan, kami ada perhimpunan dulu ye . macam biasalah . masing-masing pakai baju raya . meriah baq hanggg . pastu beratur macam kat sekolah dulu tu . kikikiki . majlis dimulakan dengan bacaan doa . pastu nyanyi lagu perkhidmatan awam dan jugak lagu Negeri Perak . pastu bacaan ikrar .
lepas bacaan doa nie, kami dengar ucapan alu-aluan daripada Pengerusi bangunan nie . lepastu kami seranggggggg makanan . hahahahaha ! masing-masing dah lapar . walaupun lapar, pantang nampak kamera, terus haaa posing :P
geng Datin Dokoh Blink2 . hahahaha !
antara makanan yang ada pada hari tu . . .
dan ada banyak lagi makanan tapi jenuh nak upload . kita tunjuk sikit je lah tau . gambar bawah nie muka-muka ceria lepas dah kenyang makan . masing-masing dah happy semacam . seronok la tu dapat makan . kahkahkah ! :P
last but not least, macam biasa . gambar puan empunya blog . macam entry sebelum nie, ada gambar candid . kali nie pon sama . jemah sentiasa bertabah dan bersabar dengan gambar-gambar candid nie . ewahhh . korang kalau ada buat makan-makan, jemput la ika . ika memang suka makan-makan nie . pastu tak control . pastu gemuk . pastu down . pastu makan lagik . pastu stress sebab orang cakap dah bambam . pastu pastu pastu . hahahahaha ! :P
No comments:
Post a Comment
Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)