Eight Miles Burger Banjir, Ulu Kinta

kali nie ika nak share satu tempat makan yang menarik untuk korang . Eight Miles Burger Banjir . kedai makan nie di Batu 8, Ulu Kinta, Perak . orang Perak boleh la try makan burger di sini . sebelum nie ika dah penah makan kat sini . dah beberapa kali jugak la . tapi belum berkesempatan nak share . so, kali nie meh la ika share kat korang pulak .



gambar kat atas nie antara menu yang diorang sediakan . banyak kan ? dan harga pon berpatutan . kat sini yang femes adalah burger banjir . semua jenis burger boleh banjir . korang hanya tambah RM1.50 . kalau taknak banjir pon takpe .




lokasi Eight Miles Burger Banjir nie adalah menghala ke PGA Ulu Kinta . in case kalau korang tak jumpa, korang boleh la waze jalan untuk ke PGA Ulu Kinta ataupun Maktab Perguruan Kinta, Ipoh . Inshaallah korang akan jumpa Eight Miles nie . diorang sediakan banyak tempat duduk . bukan setakat depan, kat belakang kedai pon masih ada ruang untuk duduk .

yang kat bawah nie pulak makanan yang kitorang order malam tu . suami ika order oblong ayam banjir dan ika pulak amik yang full tank + chicken chop . memang full tank la korangg . kenyang sungguh-sungguh . hahahaha !

Oblong Ayam Banjir

Full Tank + Chicken Chop

dah lama rasanya tak keluar makan kat luar . suami ika jenis yang suka makan kat rumah . suka suruh isteri dia masak . sesekali dia turutkan jugak bila ika nak makan kat luar . sesekali ada jugak dia bagi cuti masak kat isteri dia . hahahaha . sesekali dia sendiri yang masak . heeee . tolak ansur tu penting dalam kehidupan berumah tangga ;)

2 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com