Queen Size 8 pcs Frills Comforter Set | Oli Collections

untuk entry kali nie ika nak share satu barang yang ika beli . yang tak pernah pon ika terfikir nak beli sebab harga ratus-ratus . biasanya beli je yang murah-murah kat kedai . hahahaha ! so, bulan 2 yang lepas, kakak ika ada la offer kat ika nie satu cadar . mulanya dia suruh tengok-tengok la kot ada yang berkenan, bolehla ika nie terus order kat dia . kikiki . ika pon tengok dan memang la ada yang berkenan . dah nama pon perempuan, tengok benda cantik mestilah berkenan . tapi bab nak beli tu, kena la bincang dengan suami dulu sebab kami nie kan gaji sederhana sahaja . cadar pon dah ratus-ratus harganya . mahu tak kena bincang dulu . hahahaha !


gambar atas nie lah cadar yang ika beli tu . saje pilih warna biru . ika berkenan dengan design bunga tu . shantekkkk . cadar nie ika beli bulan 2 camtu lah dan kakak ika yang simpankan untuk ika kat Kuantan . disebabkan kami nie tak sempat nak pegi amik, makanya raya baru-baru nie lah kami baru berkesempatan untuk pegi amik cadar nie . selepas 5 bulan . heeee . makanya, meh la ika tunjuk sikit apa yang ika dapat .
  • 1 x Bedsheet
  • 1 x Quilt Cover
  • 1 x Bolster
  • 4 x Pillow Case
  • 1 x Comforter (fiber)
kat atas nie lah barang yang ika dah dapat . balik saje dari cuti beraya haritu, sempatlah pasang cadar baru nie . kikiki . yang nie untuk size queen punya ^^



nie haa setelah dipasang . kat dalam gambar ika nie takde yang bantal peluk tu . sebab kami memang takde beli pon bantal peluk . hahahahaha ! nampak macam pelik pulak kosong camtu tapi takpelah . janji dah ada cadar baru . lepas nie boleh la kumpul duit beli yang lain pulak . memang best . cadar dia tebal . kain dia tak panas . tido lena . ewahhh

korang boleh tengok kat http://oli.com.my/V2/Home.aspx tapi macam website diorang tak update je . kalau korang nak tengok koleksi lain, boleh tanya ika . Inshaallah ika boleh bantu . mana tahu kot korang pon berkenan :P

2 comments:

  1. dulu2 masa tak kahwin selalu beli cadar oli time offer...

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com