happy 26th birthday to ME !

2 Julai 2016 . tahun nie hari ulang tahun kelahiran ika jatuh pada hari Sabtu dan di bulan puasa . so, takda lah nak celebrate bagai . cuma bezanya tahun nie hari lahir ika disambut dengan suami tercinta . ewahhhh . 



banyak life goals ika yang ika dah berjaya tunaikan tapi adalah lagi yang tercapai dalam usia 26 tahun nie contohnya beli rumah . ika dah plan untuk beli rumah bila umur ika dah masuk 26 tahun . sebab ika dah target, bila pencen, rumah dah habis bayar . kikikiki . katakanlah pencen umur 60 tahun, loan rumah buat sampai 30 tahun . so, umur 56 tahun rumah dah habis bayar . pencen goyang kaki je nanti . hahahaha ! sekarang nie misi mencari rumah yang sesuai untuk kami memandangkan suami ika pon dah dapat keje kat Ipoh .

life goals yang masih belum tercapai lagi ialah nak dapat baby . belum ada rezeki buat kami suami isteri lagi untuk dapat baby . tapi takpelah . kena usaha lagi . lagipon kami baru je dapat dok sekali . lepas kahwin terus PJJ . Alhamdulillah, lepas raya nie dah dok sama-sama di Ipoh . sakit tauuu PJJ nie . sorang di Ipoh, sorang di Gombak . walaupon ada yang cakap dekat je tapi bila kira total cost pegi balik kalau tiap minggu balik, ratus-ratus jugaklah untuk kami yang bergaji sederhana nie . sebab tu kami decide jumpa 2 atau 3 minggu sekali sahaja . tapi itu semua akan berakhir tak lama lagi . Alhamdulillah . Alhamdulillah . 


antara life goals yang dah tertunai ialah berjaya siapkan lesen kereta dan motosikal ika sebelum hari lahir ika . heeee . ika ada buatkan entry untuk tu . struggling for 4 years . Alhamdulillah . akhirnya dah berjaya dapatkan lesen P . so, lepas nie boleh la bergerak dengan senang hati dan boleh bawak penumpang . selamanya punyalah bawak motor tu dengan lesen L . mana boleh bawak sape-sape kan melainkan diri sendiri . kikikiki

ika harap di usia ika 26 tahun nie ika dah makin matang . matang dalam perkahwinan, matang dalam perhubungan, matang dalam pekerjaan ika . benda-benda kecik yang boleh membawa kepada permasalahan, ika harap dapatlah ika elakkan . nak buat macam mana kan, hati tisu . wuwuwu . belajar untuk sentiasa bersabar . Inshaallah ^^

4 comments:

  1. epy besday ika!
    insyaAllah ade rezeki baby utk awk nt.. =')
    alhamdulillah.,. dpt duk bersama ngn suami.. pjj menyakitkan.. hehe

    ReplyDelete
  2. pray for u sayang <3

    eqah join GA http://lifesofkajiwara.blogspot.my/2016/07/giveaway-daehan-minguk-giveaway-by-siti.html

    ReplyDelete
  3. eehhh sebaya kita ni hehe tapi checklist nak ada suami belom tercapai.. ehhe tapi CT target umo 30 wwakakaka.. nak enjoy dulu =D

    happy belated birthday.. semoga murah rezeki selai =)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com