Hadiah Hari Lahir dari Suami

awal bulan Julai haritu birthday ika . disebabkan tahun nie pertama kali sambut hari lahir dengan suami, dok fikir jugak suami ika nak bagi hadiah apa . hahahaha ! tahun nie birthday bulan puasa . suami pon dok jauh . so, sorang-sorang je lah masa birthday tu . suami nak balik tapi ika tak bagi sebab minggu tu memang minggu orang balik kampung cuti raya . lagi pulak kalau suami balik, dia nak kena balik Gombak semula ahad . isnin kena kerja . rabu dan khamis baru cuti raya .

so, suami tak balik . dia hantar gambar hadiah je kat isteri dia nie haaa . tunggu je lah dia balik nanti baru dapat tengok hadiah apa . btw, thanks suami ! lalalala


isnin minggu raya tu, ika ke klinik pagi-pagi lagi sebab ada masalah kesihatan . suami pon terus balik Ipoh tengahari tu jugak . ika pon dapatlah cuti isnin dan selasa tu . rabu dah raya . hari isnin tu dapatlah ika hadiah sempena hari lahir ika tu . kikiki . tapi petang tu kami terus balik kampung suami . tak sempat nak bukak hadiah tu tapi sempatlah amik gambar . hahahaha ! :P



habis cuti raya, maka bermulalah sesi mengemas rumah kami yang dah macam tongkang pecah . dengan bajunya berbakul-bakul tak basuh . mahu 3-4 round baru habis semua baju tu . nak kena sidai lagi . lepastu lipat lagi . aduuuu . ok habis part tu . mintak tolong suami ika susun atur barang kat dapur sebab dah bertambah perkakasan baru . suami hadiahkan ika OVEN ! yeayyyy !

yang sebelah kanan tu microwave yang kami dapat masa kahwin . orang ofis ika yang bagi hadiah . diorang pakat ramai-ramai . seronokkkk . hahaha ! boleh panaskan lauk . ewahhh . yang kiri tu hadiah dari suami . sebenarnya ika tak sangka yang suami nak bagi hadiah oven tu . suami ada la tanya nak hadiah ape . ika nie senang je, bagi je hadiah dress . dapat jugak tambah koleksi . hehehehe . tapi suami ika nie tak pandai nak pilih . so, dia belikan hadiah lain .

ika pernah la bagitahu suami ika yang ika teringin nak beli oven sebab ika suka buat kek . tapi keknya tak pernah menjadi . kahkahkah ! tapi effort tu tetap ada . hehehe . Alhamdulillah tercapai jugak satu lagi wishlist . terima kasih suami ! ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com