Khalish Susu Kambing

entry kali nie ika nak share dengan korang satu lagi produk yang ika sendiri dah cuba . ika nie kan suka cuba macam-macam produk . hahahahaha ! disebabkan ika baca pasal kebaikan mengamalkan susu kambing, ika pon mulakan misi mencari produk-produk yang berasaskan susu kambing . ika tak pernah pon minum susu kambing . susu low fat pon tak pernah sebab tak boleh nak telan . kahkahkah ! tapi disebabkan sejak berkahwin nie, kena jaga hati ramai orang, kita kenalah cuba dan mesti ! hokey ? :P

so, akhirnya ika decide untuk cuba Khalish Susu Kambing . ika pon pilih la salah seorang ejen yang ada kat Ipoh . pilih secara random sajelah . ika amik yang mana alamatnya Tambun sebab senang dia nak cod kat ika . 


ika dah start minum Khalish Susu Kambing nie sejak 1 Ramadhan yang lalu . seriously memang sangat sedap dan takdak pon bau hamis . ika amik yang koko kurma sebab ika takut nanti kalau amik yang asli, takleh nak telan, membazir pulak nanti . hehehe . ika cuba je dulu 1 kotak . 1 kotak yang ika beli nie berat dia 500 gram dengan harga RM44 . 1 kotak nie kalau diikutkan tahan sampai 2 minggu tapi kalau korang pandai ejas, boleh la tahan sampai sebulan . ika nie memang tak pandai nak ejas, so ika ikut je instruction dia . hahahaha !


ika dah minum susu nie dah nak masuk 3 minggu tapi baru ja habis 1 kotak . disebabkan ika boleh terima susu kambing nie dengan jayanya, so ika dengan suami order lagi 2 kotak untuk stok tambahan sebab yang first tu dah nak habis . suami ika pon dah mula nak join minum sebab dia cakap rasa dia sedap . hehehe . susu nie sesuai untuk semua lapisan umur . untuk ibu mengandung pon sangatlah sesuai . kalau korang nak try jugak, boleh la ke http://www.khalish.com.my/ . nanti boleh tengok testimoni dan senarai ejen yang berdekatan dengan korang .

doakan untuk ika dan suami supaya dipermudahkan urusan kami ye . Inshaallah . semoga ada rezeki untuk kami pulak ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com