hari nie ika nak share lagi satu resipi . resipi aiskrim . hahahaha ! kali nie ika saje lah try nak buat aiskrim pulak memandangkan suami ika tu request suruh buat aiskrim kat dia . dah bape minggu dia mintak . lambat jugaklah nak boleh buat tu . nak kena beli barang dulu siap-siap . nak kena cari resipi yang simple untuk buat aiskrim nie . sebab ika perasan yang macam-macam cara untuk buat aiskrim nie .
Bahan-Bahan :
- 1 tin susu pekat manis
- 2 tin susu air masak (pakai tin susu pekat manis)
- 1 sudu besar ovalett
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 penutup esen vanilla
- 3 sudu besar serbuk koko
Cara-Cara :
- tuangkan 1 tin susu pekat manis dalam periuk . ika pakai periuk nasi je sebab jap lagi nak masak .
- lepastu masukkan 2 tin susu air masak . pakai je tin susu pekat tadi .
- masukkan pulak 1 sudu penuh tepung jagung .
- kacau bagi rata kesemua tadi .
- lepastu korang masak kesemua bahan nie tadi .
- kacau sehingga tepung jagung tu agak-agak dah masak .
- bila adunan tadi tu dah masak, korang masukkan dalam satu bekas besar .
- sejukkan dulu . tunggu sehingga betul-betul sejuk tau .
- lepastu masukkan 1 sudu besar ovalett .
- masukkan pulak 1 penutup esen vanilla .
- pastu korang pakai mixer untuk mix semua bahan-bahan tadi tu .
- korang guna mixer tu sampailah adunan tu jadi macam gebu . nampak macam kek pon ye jugak . hehehe
- lepastu korang buatlah bancuhan serbuk koko tu .
- then, tuang dalam adunan tu .
- mixer sampai gebu gebas . hahahaha !
- SIAP ! :P
haritu buat satu perisa sahaja . perisa koko . lepas dah siap tu korang bolehlah masukkan dalam bekas . simpan dalam peti ais kat bahagian beku . esok boleh dah makan . hehehehe . kalau korang nak buat banyak perisa, sebelum masukkan serbuk koko tu, korang asing lah siap-siap berapa perisa korang nak . lepastu baru mixer . hokey ?
dan inilah hasilnya . hasil yang dah siap tak sempat nak amik sebab suami ika dah ngap . hahahaha ! tapi seriously memang menjadi . lepas nie boleh la try perisa lain pulak . kikiki . boleh buat untuk anak-anak lepas nie . amboiiii . anak-anak :P
Assalamualaikum.
ReplyDeletenampak macam senang nak buat.bahas-bahan pun senang dapat.
kalau bukan bulan puasa,ptg nie gak dh buat.bukan apa,kalau buat bulan pose,kang jadi bahan umpan anak-anak yg pose kat rumah.
qah, butane gas di tepi tu buat ape? hehehehe
ReplyDelete